Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, pasangan sama cantik sama padan yang sentiasa menjadi perhatian orang ramai apatah lagi mempunyai cahaya mata yang sangat comel, Mat Yip yang juga mempunyai pengikut sendiri.
Kini sedang hamil anak kedua, pelakon drama Selafaz Cinta ini dipuji para peminat kerana sangat kelihatan cantik ketika hadir ke majlis adiknya, Syida Melvin dengan mengenakan gaya Bollywood.
Syatilla memberitahu ia adalah gaya yang pertama dalam hidupnya memakai busana bertemakan Bollywood.
Malah, Syatilla tetap dipuji kelihatan berseri-seri malah semakin menyerlahkan kejelitaan dan kecantikannya.
Walaubagaimanapun, ada pula satu foto yang dimuat naik Syatilla menerusi Instagram miliknya apabila ia meminta untuk zoom pada kaki Shaheizy yang membuatkan ramai terhibur.
Hashtag Syatilla itu membuatkan ramai meninggalkan komen lucu apabila Sam dilihat sedang menjengketkan kakinya ketika bergambar untuk menjadi sama tinggi dengan Syatilla.
suibnorhani
ehfa
wife_amin
- Dia jinjat.. Nk bg sama tinggi
olynnnvioletttt
obsess.lovaneez
ainakhalida
- patut nmpak tinggi semacam
Syatilla yang ketika ini hamil anak kedua, mengaku tidak sabar untuk berehat dan menghabiskan masa bersama anak sulung, Syeriv Samheizy yang berusia 1 tahun lebih.
“Pagi-pagi sekitar jam 6.30 pagi saya sudah keluar rumah. Kasihan Syeriv kerana apabila dia bangun tidur, saya tiada di sisinya.
“Sebaik tamat penggambaran, saya bercuti dan berehat hinggalah saya selamat melahirkan anak kedua ini. Saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
“Saya ada dengar ura-ura penerbit mahu menghasilkan sekuel drama ini. Jika betul berita itu, mereka kenalah tunggu hingga saya selesai bersalin dan kuruskan badan.
“Selepas itu, barulah saya bersedia untuk kembali berlakon,” katanya kepada BH Online.
Isteri kepada aktor, Shaheizy Sam ini sedang hamil empat bulan.
Syatilla berkata, kesibukan di lokasi Selafaz Cinta yang menggandingkan dirinya dengan Saharul Ridzwan, menyebabkan dia belum sempat sempat menjalani pemeriksaan imbasan untuk mengetahui jantina bayinya.
“Bayangkan, kandungan saya sudah berusia empat bulan lebih tapi masih belum sempat hendak buat pemeriksaan imbasan jantina. Pihak hospital terpaksa ingatkan saya mengenai temujanji itu.
“Memang kena buat tetapi saya kena tunggu sehingga kerja semua selesai. Lagipun, Sam sibuk dengan promosi filem terbarunya.
“Apabila ada masa terluang, kami akan pergi buat pemeriksaan,” katanya.
Mengenai pengalaman berlakon telenovela panjang itu, Syatilla mengaku watak wanita yang menjadi mangsa kecurangan suami memerlukan dirinya banyak bergerak, sekaligus boleh membahayakan kandungan.
Ini membuatkan Syatilla terpaksa berhati-hati supaya tiada kejadian buruk berlaku kemudian hari.
“Hanya selepas menerima tawaran ini baru saya tahu diri hamil. Disebabkan tak mahu menyusahkan pihak produksi, saya teruskan walaupun dalam hati terbit rasa bimbang. Ini kerana kandungan masih dalam peringkat awal