Connect with us

Semasa

Syed Azmi Risau Suspek Kes Bella Murung & Emosi Terganggu Kalau Kena ‘Push Kuat’

Beberapa hari lepas, kita digemparkan dengan berita mengenai seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali dengan nama Bella dipercayai telah dideraa semasa di bawah jagaan seorang pengasas pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menerusi laporan akhbar, rumah kebajikan tersebut telah diarahkan ditutup dan disita.

Kes mengenai Bella kini telah mendapat perhatian masyarakat dan rata-rata mahukan keadilan buatnya di mahkamah.

Dalam pada itu, penasihat rumah kebajikan itu iaitu Syed Azmi tampil memberikan respon berhubung kes tersebut setelah diasak oleh pelbagai pihak.

Ini yang saya buat.

Ramai sebenarnya nak tanya atau nak saya jawab pelbagai bentuk soalan mengenai Kes Penderraan Bella.

Bella di jumpai dalam keadaan yang disyaki berlakunya penderraan ke atasnya dalam rumah kawan saya. Dia di jumpai oleh pelapor yang memaklumkan saya melalui video dan panggilan telefon dan yang saya bagitau ialah untuk bawa ke hospital. SCAN team di hospital di aktifkan dan rawatan, pemulihan dan perlindungan Bella di jalankan. Bella selamat.

Now, APA SEBENARNYA BERLAKU PADA BELLA?

Ini yang saya faham #justiceforbella dan saya pun nak tahu.
Kemudian saya senyap. Adakah pemilihan saya untuk senyap ini yang paling tepat. Bergantung pada siapa yang saya tanya.

Ada yang setuju dan ada yang tidak. Apa yang bermain dalam fikiran saya pada masa itu?

Waktu Bella di sahkan sebagai kes yang memerlukan perlindungan, ada beberapa perkara yang saya perlu lihat iaitu keselamatan kanak-kanak lain. Sama ada di kediaman peribadi mahupun di Rumah Bonda.

Kedua dua kediaman ini terkena wabak Cvid pada waktu ini. Ada yang negatif dan ada yang masuk hospital.

Pihak KKM berusaha menyaring dan merawat kesemua penghuni, sukarelawan dan kanak-kanak. Macam yang anda tahu wabak ini boleh membawa maut. Kawan saya yang merupakan penjaga utama penghuni dan anak-anak jagaanya juga berada di hospital dan dia adalah orang utama penghubung antara penghuni dan juga ibu bapa mereka.

Waktu ini laporan polis dah dibuat dan yang saya utamakan rawatan bagi semua penghuni yang terjebak dengan Cvid-19.

Mana yang boleh balik, kita mintak balik. Apa-apa yang JKM perlukan kita berikan.

Bella sudah di selamatkan.

Kita jelas yang itu. Dan siasatan perlu dilakukan. Saya memberitahu penjaga Bella apabila keadaan kesihatannya tidak lagi kritikal dan beberapa hari sebelum dia boleh discaj dari hospital mengenai laporan polis dan tuduhan terhadapnya.

Ya saya memang kawan beliau tapi saya juga tahu apa yang berlaku apabila ada kes berkaitan pennderaan secara am-nya. Adakah saya bertanya? Yes. Dia bagitau jawapan dan saya mintak dia tenang dan beri semua keterangan pada polis.

Apa perasaan saya waktu itu?

Pennderaan yang berlaku pada Bella memang sedih. Saya diberitahu melalui seorang doktor mengenai keadannya sahaja tanpa gambar pun saya dah faham.

Berlaku dalam rumah kawan saya sendiri, membuatkan lagi saya rasa terpinga-pinga apa yang berlaku sebenarnya. Soalan soalan macam siapa, bila, kenapa, kat mana, semua tu dalam kepala dari awal lagi tapi saya senyap sahaja sebab semua tengah Cvid.

Kenapa lepas berlaku, takde ada cerita pada sesiapa, tak mintak tolong sesiapa, dan semua tu lah. Ini bermain main di kepala sebab kerja kami kebajikan dan kanak-kanak. Tak pernah perasan apa apa yang lainnya selama ini.

Tak ada apa apa syak wasangka pun. Tak ada langsung.

Akhirnya saya sendiri salahkan diri sendiri sebab adakah saya tak cukup bertanya khabar atau tak ada masa untuk kawan-kawan saya dan sebagainya.

Itu yang saya mula mula rasa.

Akhirnya saya ambil tindakan untuk senyap dan bantu siasatan dan pada masa yang sama sebab saya rapat dengan yang di tuduh, saya juga rasa saya bertanggungjawab untuk memastikan keadaan tenang agar semua jawapan dan soal siasat dapat jalan lancar. Itu yang saya pilih.

Anak-anak jagaan JKM lain di atas nama penjaga yang sama juga di selamatkan dan ditempatkan di tempat yang selamat.

Selesai satu lagi. Ingat ye, waktu ni keadaan mereka masih lagi dalam jangkitan CVID-19 dan JKM dengan bantuan KKM pantas selamatkan sejurus selepas mereka selamat untuk di pindahkan.

Again; Bella sudah di selamatkan.

Takde apa yang saya boleh buat untuk Bella. Rawatan perubatan, psikososial dan kaunseling, adaptasi semula ke tempat lama beliau dan perlindungan serta perkembangan intelektual semua diberikan.

Ok Alhamdulillah dan moga dia dapat atasi pengalaman yang beliau lalui dan mulakan hidup baru.

Waktu ni, dah viral mengenai kes Bella.mNama saya dah naik. Netizen mahukan jawapan
Saya masih senyap. Kenapa?

Sebab penjaga dah balik dan polis baru hari pertama siasatan. Kerja saya pastikan dia tenang dan beri kerjasama.

Hari kedua pun sama. Hari ketiga pun sama. Hari keempat pun sama. Netizen push push push.

Saya masih nak lihat apa nak kena buat. Beri kerjasama polis. Dan saya tak tanya apa polis kata ke, apa polis nak buat ke dan sebagainya.

Kebanyakkanya ok ke tak ok dan biasanya lepas siasatan dia macam pening dan kena rehat. Tapi lepas dia dah rehat, saya kena tanya dia hal perihal rumah Bonda pulak.

Rumah Bonda masih lagi nak kena selesai bila semua penghuni yang negatif dah balik dan apa yang boleh kita bantu pada mereka yang tak boleh balik?

Ni pun nak kena buat jugak. Sebab netizen dah cukup kuat menyuarakan Justice For Bella, ada satu aspek di mana ada keperluan untuk melihat dari segi suspek agar dapat memberi keterangan yang jujur.

*Saya faham ini bukanlah sesuatu yang nak di dengari para netizen, tapi ini juga merupakan salah satu proses yang penting untuk mendapatkan keadilan bagi Bella.

Kalau push kuat lagi saya risau emosi suspek terganggu dan kalau dia breakdown, macam mana nak bagi keterangan.

Kalau dia tetiba murung dan kelartangan bunuhdiri macam mana kita nak dapat tahu apa maklumat sebenar?

Kalau dia tiba tiba jadi gila macam mana dia nak berdiri dalam mahkamah? Selepas soal siasat pun saya kena dapatkan kerjasama dia untuk penghuni dan kanak-kanak lain.

Kawan atau tidak, jelas kita ada proses undang-undang. Dia dan/atau semua suspek penting untuk dalam keadaan tenang dan waras dalam bantu siasatan polis.

Saya tahu dia ada peguam, tapi itu hal dia dan peguam. Saya rujuk pakar undang-undang, pakar kriminologi dan jenayah dan rakan polis mengenai tindakan tindakan saya ini dan apa yang saya dapati dalam proses ini.

Mereka faham dan terangkan pada saya baik buruk dan juga apa yang adil dalam perlindungan kanak-kanak.

Hari ini, apa bezanya? Kenapa hari ini saya bercerita? Sebab semalam satu hari suntuk saya sudah berbincang dengan pelbagai pihak untuk keselamatan anak-anak dan juga suspek suspek.

Saya mohon pada kawan saya untuk menyerahkan anak jagaanya pada orang lain sementara siasatan belum tamat.

Sebagai seseorang yang cakna kanak-kanak, saya terangkan padanya kenapa kanak-kanak ini perlu di pisahkan atau di serahkan pada ahli keluarga atau keluarga jagaan lain sementara siasatan perlu di jalankan.

Dan ini yang saya mintak dia faham dan akur sebab kalau apa apa terjadi pada anak-anaknya di bawah jagaannya macam mana?

Saya tak sanggup untuk membiarkan sebarang risiko pada kanak-kanak ini.

Mungkin bukan dari dia, mungkin orang lain, mungkin secara tak sengaja, mungkin anak itu berlaku pada dirinya secara sendiri tapi saya tak sanggup ambil risiko itu dan juga sebab kita masih tak tahu apa yang berlaku pada Bella, saya tak nak ada NASIB yang berlaku pada anak anak lain.

Ada kanak-kanak lain juga dan semua dalam proses untuk di pindahkan. Macam saya kata tadi, saya dah email JKM.

Tapi saya faham objektif dan fokus untuk dapat keadilan bagi Bella dan juga hasil siasatan yang jujur, dia mesti berada ada ruang yang membolehkannya buat demikian.

Hari ni saya bersuara kerana semua perihal kanak-kanak yang berada di sekitarnya saya rasa saya dah buat yang terbaik untuk di selamatkan sewaktu siasatan ini tengah berjalan sejak hari pertama Bella di selamatkan.

Kerja saya pastikan persekitaran selamat saya dah buat yang terbaik. Kini saya harap soal siasat kes berjalan lancar.

Saya tak kongsi sebarang pendapat saya mengenai kes Bella agar tidak timbul sebarang prejudis dalam siasatan dan sama seperti anda semua, saya juga sokong Keadilan Untuk Bella tapi mungkin langkah saya tidak di gemari ramai. Ampun maaf.

Untuk Rumah Bonda, ia kini di lak (lock/sita).

Jadi tiada aktiviti atau keluar masuk sehingga diberitahu kelak. Saya selaku penasihat rasanya sudah buat yang terbaik dengan apa yang saya tahu.

Kebiasaannya kita akan dengar komplen selepas penghuni keluar dari rumah itu, dan kalau ada atau ya, maka mudah kita buat penambahbaikan.

Kalau saya tahu saya tegur, kalau saya tahu saya buat penambahbaikan dan apa apa yang boleh di buat untuk dapat hasilkan ruang selamat.

Laporan polis dan siasatan JKM juga diterima, jadi kita beri kerjasama. Saya baca pandangan netizen yang rasa apa yang saya buat ni tak cukup dan juga tak kompeten untuk jadi penasihat tempat sebegini.

Saya sedia maklum permasalahan sosial remaja dan memegang amanah ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sini agak mencabar. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya kami bantu.

Saya meletakkan kepercayaan pada management sebab setelah up and running, semuanya macam rutin biasa maka saya sentiasa bersedia berkhidmat apabila diperlukan dan membuat lawatan.

Selain itu segala permasalahan dan isu akan diberitahu melalui panggilan telefon. Saya dah cuba tapi tak berkemampuan sebagaimana harapan semua.

Saya bersuara hari ini sebab semua yang saya boleh buat saya dah buat. Terpulanglah pada kalian nak terima atau tidak. Maafkan saya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.