Sebagai penjalan kaki, kita harus lebih peka dengan keadaan sekeliling terutamanya kereta yang sedang bergerak di atas jalan raya kerana boleh berlaku perkara buruk jika kita ‘cuai’.
Pun begitu, manusia zaman kini seolah-olah mengundang padah apabila sengaja mengundang risiko kemalangan atas jalan raya.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemandu kereta terpaksa memberhentikan kereta secara mengejut untuk memberi laluan kepada seorang lelaki yang mahu melintas jalan raya bersama-sama dengan ahli keluarganya mencuri perhatian ramai.
Difahamkan mereka hendak pergi ke kedai nasi kandar yang berada di seberang jalan namun bertindak ‘mengacah’ kereta yang sedang lalu lalang.
Dapat kita lihat lelaki tersebut mengacah pemandu dengan menolak troli bayi (tiada kanak-kanak di dalamnnya) ke tengah jalan raya selaju mungkin untuk membuat kereta berhenti dengan mengejut.
Tidak cukup dengan itu, dia seolah-olah tiada perasaan bersalah apabila memarahi pengguna jalan raya dengan menundingkan jari ke arah pemandu kereta kerana tidak memperlahankan kenderaan ketika dia ingin melintas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap sombong dan pentingkan diri sendiri lelaki tersebut apatah lagi bila dia memarahi orang lain kerana tidak memberhentikan kenderaan untuknya.
“dia ingat bila pakai gelang silver besar tapak kaki, ada kuasa lintas jalan ikut suka kot” -Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan aksinya itu mampu menyebabkan kemalangan oleh kerana pemandu yang terkejut di ‘acah’ sebegitu.
Antara komen warga maya:
“mana ada pedestrian crossing dekat situ? minta belas ehsan orang memandu untuk melintas jalan biarlah bersopan sikit”
“uish bahaya tu woi.. tua2 pun bodoh”
“kene langgar salah orang tua tu, melintas bukan ditempat sepatutnya tak ada zebra line pun dekat situ..”
Video yang tular di laman Facebook: