Connect with us

Viral

“Tak ada filem lagi” Ingin Fokus Akhirat, Laudya Tekad Undur Diri Dari Industri Hiburan

Setiap manusia yang mahu menjadi Mukmin diredai Allah SWT, harus menanam matlamat dan fokus terhadap kejayaan dalam kehidupan. Orang yang melihat matlamat akhirat sebagai tujuan utama kehidupan adalah manusia yang berfikiran jauh kerana melihat hidup ini bukan untuk dunia sahaja.

Sama juga seperti seorang pelakon wanita yang berasal dari Indonesia yang memasang niat untuk meninggalkan industri hiburan.

Terkenal dengan kecantikan dan lakonannya, Laudya menjadi bualan hangat dikalangan warganet kerana didakwa sudah berkahwin dengan kerabat raja di Dubai namun pengurusnya menafikan khabar angin tersebut dan mengatakan ianya tidak benar sama sekali.


Belum reda isu berkenaan, Laudya Cynthia Bella yang juga  pelakon “Surga Yang Tak Dirindukan” ini telah mengejutkan ramai peminatnya apabila mengumumkan mahu bersara daripada dunia seni. Laudya juga mengaku dia sudah cukup lama tidak tampil di khalayak ramai bahkan tidak lagi menerima tawaran untuk berlakon filem.

Memetik laporan Liputan 9, dia menjelaskan tiada filem yang bakal dibintangi olehnya lagi kerana filem Buya Hamka merupakan filem yang terakhir sebelum dia mengundurkan diri dunia seni.

“Mohon doakan semoga saya istiqomah ya. InsyaAllah tak ada filem lagi. Kali terakhir saya berlakon adalah filem Buya Hamka”. katanya.

“Memang saya dah pasang niat tapi dah nama pun manusia pasti lemah. Semoga Allah SWT membantu kita semua”.

Menurut Laudya, dia sudah lama memasang niat untuk bersara daripada karier seninya dan memohon peminat mendoakannya agar terus berjaya dalam kehidupan.

Walau perniagaannya semakin berkembang,  dia akui masih banyak perkara yang perlu dipelajari olehnya untuk berjaya di dunia dan akhirat.

“Saya ingin berjaya saya bukan di dunia sahaja, tapi nanti saat di akhirat juga insyaAllah saya akan mendapatkan titik yang paling tinggi juga. Masih banyak yang perlu saya pelajari saat ini apantah lagi dengan status saya sekarang masih ada hal-hal yang harus saya lalui, hal-hal yang harus saya pelajari,” ujarnya lagi.

Untuk info, Laudya pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan iaitu Engku Emran pada tahun 2017 dan telah berpisah pada tahun 2020.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.