Keselamatan anak sangat penting dan merupakan tanggungjawab setiap insan yang bergelar ibu dan bapa.
Tidak dinafikan, antara tarikan apabila menjejakkan kaki ke pantai adalah menaiki banana boat, snorkling dan bermain jetski.
Pun begitu, permainan air yang lasak sebegini mempunyai had umur yang dibenarkan demi keselamatan bersama.
Lain pula ceritanya dimana pasangan suami isteri yang juga merupakan ‘influencer’ ini meraih kecaman hebat wargamaya setelah membawa bayi yang masih kecil menaiki jetski.
Menerusi video yang tular, dapat kita lihat kelaki tersebut mengendalikan jet ski dengan hanga menggunakan sebelah tangan dan sebelah lagi digunakan untuk mendukung anaknya.
Lebih mengejutkan, bayi tersebut tidak dipakaikan jaket keselematan sekaligus membuat netizen tertanya-tanya bagaimana pihak pengawal boleh membenarkan situasi itu terjadi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap sambil lewa dua youtuber ini malah ada yang berseloroh mengatakan kita bukan sahaja perlu ada duit jika mahu kawin, bahkan perlu juga ada otak.
“Mak pak pakai life jacket, kalau jatuh dia expect anak dia terus bertukar jadi mermaid barangkali. Ada-ada saja kamu” – Netizen
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman Twitter: