Pelakon Ramona Zamzam mendedahkan di laman Instagramnya di mana dia tidak mengajar anaknya Ivanna Alashkar bertutur dalam Bahasa Melayu.
Menerusi perkongsian di IG Story, Ramona menjawab satu soalan dari pengikutnya ‘Adakah Ivanna faham Bahasa Melayu?’.
Ramona memberitahu, dia terpaksa menggunakan satu pilihan bahasa sahaja untuk berkomunikasi dengan anaknya atas nasihat doktor.
Ramona memilih bahasa yang sama digunakan bersama suami iaitu bahasa Inggeris bagi mengelakkan kekeliruan anaknya.
Tambah Ramona, keputusan untuk melentur anaknya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris terjadi apabila suaminya yang merupakan warga Palestin sering bercakap dalam Bahasa Arab dengan Ivanna.
Memandangkan anaknya bersekolah di tadika Cina, secara tidak langsung cikgu-cikgunya bercakap dalam Bahasa Mandarin.
“Saya bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di rumah, tapi doktor cakap nanti bimbang Ivanna keliru.”
Dalam pada itu, bagi mengelakkan kekeliruan berlaku, Ramona dan suami bersepakat untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan mereka bersama.
Menerusi perkongsian di “IG Story” tersebut, dirinya yang bangga kerana sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu ketika di bangku sekolah itu, tetap yakin Ivanna mampu menguasai pertuturan dalam Bahasa Melayu kelak meskipun diajar bertutur dalam Bahasa Inggeris.
“Ha tanya! Jgn suruh gelak je k thanks or, Ivanna fhm bhsa melayu tak??
“Ok jawapan panjang, baca sampai habis k. Actually ramai yg tanya the same question, answer is TAK FAHAM.
“Cuz it was suggested by our doctor. Masa awal2 kitorg berckp dgn Ivanna, her dad ckp Arab, dia pegi tadika Cina so cikgu2 dia ckp Mandarin dgn dia. I spoke in Malay n English at home tapi doctor ckp nanti risau Ivanna confuse.
“Sbb? Our main language at home (between me a my husb) is English. The suggestion was ONE person speaks only ONE language, dah bapaknya ckp arab, cikgu ckp cina, mak ckp english dgn bapak, no i had to stick with English utk avoid confusion.
“There is no such thing as i do not manna teach my kids Malay. As much as i went to Chinese school, i’m proud to say my Bahasa Melayu subject mmg always score A.
“Cuma i’m taking it easy ebb kalau dah tinggal di Malaysia, i’m 100% sure Ivanna akan reti ckp Melayu juga.
“Sekali sekala ada je terlepas ckp Melayu but i’m focusing more in English. Ala my mom ckp Kedah tak tinggal tunggu is ivanna besar sikit lagi dia pandai ckp tok nek hang la hahahahhaha”
Ramona Zamzam dan suaminya Ramu Alashkar telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Mei 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 7 Disember 2017.