Lebuh raya merupakan kawasan yang paling berisiko tinggi buat seseorang mengalami kemalangan.
Lagi-lagi bila jalan raya dipenuhi dengan kehadiran kenderaan ‘pilot darat‘ iaitu lori dan treler.
Baru-baru ini, seorang individu telah berkongsikan detik cemasnya yang hampir maut ketika memandu di sebuah lebuh raya.
Menerusi rakaman dashcam kenderaan yang dipandu, dapat dilihat palang besi tergelincir dari sebuah treler sarat dengan muatan.
Palang besi itu melayang di udara sebelum tertusuk masuk ke dalam kereta tersebut dari bahagian cermin hadapan.
Malah yang lebih mengerikan, palang besi tersebut menerjah cermin sehingga terkena kerusi penumpang sebelah pemandu.
Mujur mangsa tidak membawa penumpang kerana tusukan palang besi itu boleh menyebabkan kecederaan serius dan berkemungkinan meragut nyawa.
Rupa palang besi itu berwarna oren-coklat, menandakan ia sudah berkarat dan berada di luar untuk jangka masa yang lama.
Lebih mengecewakan, pemandu treler yang cuma menutup muatannya dengan sehelai kain kanvas!
Di ruangan komen, rata-rata terkejut dengan insiden tersebut dan bersyukur tiada siapa yang berada di kerusi penumpang ketika palang besi itu ‘menerjah’ masuk.
“Kalau saya yang memandu dan sebelah saya ada penumpang bila palang besi itu masuk, saya akan trauma seumur hidup.
“Okay saya akan naik pengangkutan awam sahaja mulai sekarang.
“Sebab perkara macam ni, saya kalau nampak kenderaan muatan berat, saya akan terus potong diaorang atau stay dekat belakang jauh dari treler tu.
“Saya akan sentiasa maintain a distance dari semua jenis kenderaan berat sebagai langkah berjaga-jaga,” komen netizen.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama ditusuk objek asing ke cermin hadapan kenderaan.
“Saya pun pernah kena, Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.
“Pernah kena juga bulan Ogos tahun lepas. Sumpah takut! Kaca berderai depan muka,” kata netizen.
Susulan itu, netizen berharap agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan sewajarnya ke atas lori yang membawa muatan lebih daripada had yang ditetapkan.
“Kena ambil tindakan cepat ke atas pemandu macam ini. Muatan lori tak ikat kemas-kemas. Overload pun mungkin juga ni.
“Saman terus lori macam ni. JPJ tolong ambil tindakan. Load barang tak rapi. Load barang lebih muatan sampai dah menimbun macam tu.
“Jangan tunggu lagi. Ambil tindakan terus kepada pemandu lori tak bertanggungjawab macam ni,” pesan netizen.