Connect with us

Viral

“6 kali pregnant, 6 kali gugur,” Tak Boleh Dapatkan Zuriat, Wanita Ini Raih Perhatian Kaum Ibu

Sama seperti pasangan-pasangan berkahwin yang lain, setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga pasti mahukan zuriat mereka sendiri.

Namun, tak semua yang dirancang akan menjadi. Seperti yang kita tahu, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala perjalanan hidup kita.

Begitulah yang dikongsi oleh seorang wanita yang mesra disapa Mek Pikah yang menanggung derita sebagai seorang penghidap penyakit kencing manis.

Sesuai dengan pepatah Melayu, sudah jatuh ditimpa tangga apabila doktor mengatakan dia bukan sahaja menghidap kencing manis, namun dia juga tidak digalakkan untuk mengandung kerana akan membahayakan kesihatan dirinya dan bayi.

Mek Pikah juga ada menjelaskan tentang berat badannya menerusi video TikTok yang lain. Berat badannya pernah mencecah sehingga 130kg semasa masih anak dara namun dengan usahanya sendiri, kini berat badannya malar 89kg.

Atas nasihat doktor, dia mesti mengawal kadar gula jika inginkan zuriat.

Pun begitu, dia dikhabarkan oleh doktor yang dia kemungkinan akan mengalami kebocoran pada buah pinggang jika terus mengandung.

Video yang tular di laman TikTok

@mekpikah Balas kepada @farhanaibrahim94 ♬ bunyi asal – Norshafiakah Bintich

Difahamkan Mek Pikah pernah mengandung sebanyak enam kali namun keenam-enam bayinya gugur semasa di dalam kandungan. Ada juga antara bayinya yang dinasihatkan untuk digugurkan oleh doktor.

@mekpikah Balas kepada @aisysofea94 ♬ suara asli – nurainina8436011

“Masa ni mengandung anak nombor 5 tapi masa 28 minggu dia nak jalan-jalan dekat atas dia tinggal mama comel dia”

Jumlah tontonan video yang dimuat naik oleh Mek Pikah di akaun TikTok miliknya kini hampir mencecah 10 ribu kali!

@mekpikah Balas kepada @farhanaibrahim94 ♬ bunyi asal – Norshafiakah Bintich

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan kesihatan Mek Pikah dan berharap agar suatu hari nanti Mek Pikah bersama suaminya dikurniakan cahaya mata. Selain itu ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama bersama Mek Pikah dan menasihati Mek Pikah agar sentiasa sabar dan tabah dengan rancangan Allah.

@mekpikahYg aku tk blh ada ank…♬ original sound – Nadya Mahdi

Antara komen-komen yang membina di TikTok

“Takpa kak.. Berserah pd allah.. Kita bleh je mengandung.. Smua allah pny keja bkn doc kak.. Sy pcos 7tahun.. Skrg pon msih dlm rwatan..”

“Sis fhm perasaan awak..Doc pn pernah ckp akk xleh ngandung lg sbb rahim awak xkuat..Tp akk percaya allah tu ada.. Selagi ada rahim..insyaallah ada..”


“sy khwin tggu 4 thun bru dpt ank sorang lps 2 thun dpt bby no 2 dn doc x bg dh mengandung lps ni demi nyawa sy nasib ada dh anak 2 orng Allahamdulillah”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.