Kesetiaan hingga ke hujung hayat merupakan impian dan harapan setiap orang yang mendirikan rumah tangga.
Kebahagiaan itu hadir apabila sebuah pasangan saling lengkap melengkapi antara satu sama yang lain malah pasangan yang ada semasa susah dan senang merupakan anugerah yang paling terindah buat seseorang insan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang suami membawa isterinya dan anaknya dengan menolak kerusi roda mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amar_amarpg, kelihatan keluarga kecil itu berada di atas jalan raya menunggu lampu isyarat merah.
Dapat kita lihat, si sumai gigih membawa isteri dengan menolak kerusi roda dan apa yang lebih menyedihkan adalah si isteri pada ketika itu sedang mendukung anak kecil yang lena tertidur seolah-olah sudah biasa dengan situasi tersebut.
Bila lampu isyarat kembali hijau, lelaki ini kelihatan mencondongkan kerusi roda ke belakang lalu cepat cepat melintasi jalan tersebut dan memastikan dua orang permata hatinya berada dalam keadaan selamat.
Benar seperti yang kita sering dengar, menjadi seorang suami dan ayah dalam masa yang sama bukanlah satu perkata yang mudah malah ianya perlu memikul tanggungjawab yang besar. 4
“Cinta Sampai Mati. Hebatnya Kasih sayang seorang Suami Dan Ayah” katanya di ruangan kapsyen
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 185.7K tanda suka, 10.5K komen dan 8876 perkongsiN di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat video tersebut dimana suami menggunakan segala kudrat yang ada suami keluarga kecilnya tidak merasa kekurangan.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang ingin membantu lelaki tersebut dari pelbagai segi termasuklah ingin membelikannya sebuah kereta bagi memudahkan lagi perjalanannya.
Antara komen warga maya: