Amalan syirik memang tidak asing lagi dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi sering dikaitkan dengan sesetengah orang Melayu. Syirik sering digunakan oleh mereka yang dengki ataupun berdendam dengan seseorang yang mereka tidak suka.
Orang sebegini sanggup melakukan apa sahaja demi dendamnya sehingga mangsa yang terkena buatan syirik merana menanggung kesakitan.
Tular baru-baru ini kisah bapa seorang wanita yang hilang nikmat penghlihatan gara-gara buatan orang. Penglihatannya bermula kabur pada sebelah mata dan pening kepala. Mereka sekeluarga pada mulanya menjangkakan hal itu adalah kerana simptom migrain.
Tanpa dijangka-jangka, rupa-rupanya lelaki yang disapa abah oleh wanita bernama Huzaifah Zolkepli ini terkena sihir jenis mata ikan. Kisah itu diceritakan sendiri oleh Huzaifah di TikTok.
Menurut Huzaifah, masalah penglihatan bapanya mula dikesan bermula tahun 2008 di mana bapanya ada mendapatkan rawatan susulan. Yang aneh, doktor sahkan keadaan mata bapanya normal tanpa sebarang komplikasi kronik.
Namun, masih pandangannya seolah di dalam akuarium selain melihat warna kelabu di atasnya. Huzaifah akui, pelaku sihir berkenaan sangat hebat sehingga membuatkan keadaan bapanya menjadi teruk sebegitu.
Selain itu, Pak Cik Zolkepli turut dikatakan berkelakuan agresif sehingga dirujuk kepada pakar psikiatri. Pernah selepas pulang dari pusat rawatan, dia diganggu dan bertutur dalam Bahasa Siam secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, Huzaifah menjelaskan salah seorang pelaku sihir sudah pun meminta maaf atas kesilapan yang dibuat. Sepanjang tempoh itu, dia juga dapat melihat kelibat makhluk halus.
Lelah berikhtiar dengan ramai pakar mata seluruh Malaysia, kini keluarganya hanya mampu berdoa agar bapanya sembuh dan dapat melihat semula, seperti yang diimpikan Pak Cik Zolkepli.
Video yang tular di laman TikTok