Connect with us

Viral

“Tak boleh terima” Budak Lelaki Pasrah Akan Jadi Abang Lepas Tahu Dapat Adik Siap Meniarap Atas Lantai Buat Ramai Terhibur

Terdahulu, tular sebuah video dimana seorang budak lelaki yang belajar di sekolah tahfiz gagal menahan air mata apabila mengetahui dirinya akan menjadi abang dan bakal menerima adik tidak lama lagi.
Iospital phone repair gombak
Budak lelaki itu juga tersenyum gembira setelah diberi kejutan tersebut kerana menganggap doanya selama ini untuk memiliki adik telah pun dikabulkan.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anak buah kepada wanita ini pasrah apabila dia mengetahui ibunya hamil mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mekna_abadi di TikTok, dapat kita lihat budak lelaki tersebut lengkap berbaju seragam sekolah sambil dirakam oleh makciknya.

Mak ciknya kemudian memberi tahu bahawa dia akan menjadi abang selepas 10 tahun memegang title sebagai ‘adik’.

Perkara tersebut membuatkan Haziq pasrah sehingga meniarap di atas lantai seakan tidak boleh menerima kenyataan.


Gelagatnya itu membuatkan keluarganya tertawa malah dia juga sempat bertanya siapakah yang akan mengejutnya setiap pagi jika ada adik nanti.

Manakan tidak, selalunya anak bongsu adalah anak yang paling dimanjakan oleh ibu bapa tetapi selepas ini, perhatian yang lebih akan diberikan kepada bakal adik yang akan lahir nanti.

Kedengaran juga suara makcik yang mengusiknya dengan mengatakan budak lelaki tersebut tidak boleh lagi dipanggil adik dan perlu dipanggil ‘abang’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah budak lelaki tersebut yang ‘pening kepala’ mengetahui title ‘adik’ yang ada pada dirinya akan dirampas oleh bayi yang akan dilahirkan ibunya.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berkongsi pengalaman masing-masing apabila mengetahui diri mereka akan menerima adik.

Antara komen warga maya:

“Tapi biasa kalau jarak jauh macam ni.. yang 2 last panggil adik, yang bongsu panggil nama”

“Alahai kesian dia, awal2 je ni”


“Sama macam anak saya, menjerit2 tak nak ada adik”

“Dah apa pulak kaitan kejut gi sekolah ni”

“Paling sedih dah tak boleh panggil adik pasni”

“Macam anak akak, tak kasi nak beranak sebab takut tak dapat kasih sayang”


Video yang tular di laman TikTok:

@mekna_abadi #fyp #garisdua after 10 years #reaction ♬ original sound – ميق ن ابادي

Continue Reading
Advertisement