Sebagai seorang kawan, pasti kita ingin melakukan apa yang termampu untuk menyambut hari ulang tahun sahabat.
Pun begitu, harga barangan pada masa kini seperti kek dan decoration juga agak mahal apatah lagi jika kita sudah melangkah hujung bulan. Tentunya poket sudah ‘kering’ susulan membayar komitmen dan sebagainya.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki membuktikan sambutan hari jadi tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @aannyoo, lelaki ini berkongsi cara dia dan kawan-kawannya menyambut hari jadi salah seorang kawan mereka.
Oleh kerana tidak mampu untuk membeli kek yang mencecah puluhan ringgit pada hujung bulan, mereka telah sepakat untuk mengadakan sambutan kecil dengan membuat kuey teow kung fu untuk dimakan bersama.
“Hujung bulang so kita celebrate but save budget ya.. kek sekarang semua mahal2.. kek birthday macam tak kenyang.. kita buat yang lebih kenyang..”
Lebih menarik, Kuey teow yang telah disalut dengan telur dan digoreng kemudiannya dibentuk seperti sebiji kek.
“Lelaki sanggup buat apa je asalkan tengok member happy” tambahnya lagi
Kawannya yang disambut kelihatan begitu teruja apabila melihat makanan yang disediakan dan terus memotong ‘kek’ yang dimasak sempena sambutan hari jadinya.
“First time sambut birthday member tak pakai kek…” ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan usaha lelaki ini dan rakan yang lain menyediakan ‘kek’ yang unik untuk sambutan hari jadi.
Bukan itu sahaja, netizen juga beranggapan untung memiliki rakan seperti ini, biarpun tidak mewah namun kemeriahan itu akan dijadikan kenangan sehingga akhir usia.
Video yang tukar di laman TikTok: