Connect with us

Selebriti

Tak Halang Bergiat Dalam Bidang Seni, Suami Wany Hasrita Minta Labuhkan Tudung Dan Jaga Batas

Siapa tidak kenal dengan pelatun lagu Menahan Rindu yang dinyanyikan oleh Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah. Beliau juga adalah penyanyi yang memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-3.

Tiada angin tiada ribut. Baru baru ini, pada tanggal 22 Julai 2022 Wany telah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun dengan dua kali lafaz.

Menerusi laporan Media Hiburan, suaminya Al-Adib juga yang bekerja dalam industri penerbangan di Kuching, Sarawak ini berkata dia ia tidak melarang Wany untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni selepas ini. Sebagai seorang suami yang bertangunggjawab dia hanya menetapkan beberapa syarat yang perlu Wany ikut.

Antaranya ialah melabuhkan tudung serta tahu menjaga diri sebagai seorang isteri.

“Syarat paling utama saya beritahu dia, (untuk) labuhkan tudung itu sahaja.

“Kalau cakap bab masak, sekarang zaman dah berlainan… kemudahan banyak. Kalau duduk berdua nak beli bahan makanan (masakan) dah mahal, makan di luar lagi murah
kadang-kadang,” seloroh Al-Adib.

Semasa ditemui di majlis kesyukuran bagi meraihkan perkahwinan mereka yang dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak, pihak media serta ahli kelab peminat Wany Hasrita. Pasangan ini mengakui dia dan suami belum lagi merancang mengenai bulan madu mereka.

“Esok baru nak fikir, selesai majlis… penat sebenarnya buat majlis ni. Nanti dah sempat rehat, baru kami scroll cari destinasi bulan madu.

“Mengenai anak pula, kami tidak tetapkan apa-apa… ada rezeki ada,” kata Wany lagi.


Wany juga menjelaskan bakal berulang alik ke Sarawak kerana buat masa sekarang mereka akan menjalani hubungan secara jarak jauh sebagai pasangan suami isteri kerana suaminya masih bekerja lagi di sana.

“Kami sudah rancang untuk settle down (duduk bersama) tapi bukan dalam masa terdekat sebab masing-masing ada komitmen dalam kerjaya.

“Cuma buat masa sekarang, kami cuba untuk faham dan bagi saya sendiri, saya jaga apa yang perlu dijaga sebaik mungkin,” ujar Wany.

Apa-apa pun, Admin doakan agar mahligai yang dibina oleh kedua mempelai ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.