Apabila sudah berumahtangga, memang kebiasaannya si isteri akan membuat segala kerja rumah seperti memasak dan membasuh baju.
Tapi ingat, zaman sekarang bukan macam dulu. Ramai isteri sekarang mempunyai kerjaya tetapi dalam masa yang sama masih gagah menjadi ‘suri rumah’ setelah pulang dari tempat kerja.
Suami perlu ambil perhatian dan peranan, sentiasa membantu isteri apabila di rumah. Dan paling penting, jangan peduli dengan apa yang orang nak kata, seperti apa yang dikongsikan oleh Tuan Firdaus Shakirin ini.
Naaahhh…nampak laki org sidai baju, bini pemalas…nampak laki org pegang penyapu, bini pemalas…nmpk laki org cuci pinggan mangkuk, bini pemalas…bini plak yg salah…
“Mat, ko tahu x, ari tu aku lalu depan umah Mael…aku nampak Mael tgh menyapu kat ruang tamu…kesian dia Mat, muka nmpk ganas, tapi TAKUT BINI…”
Pulakkk dahhhh…nampak member buat keje umah, takut bini…member xbleh kuar melepak, takut bini…member lebihkan bini dari kawan, takut bini…bini lagi yg salah…
“Abg, g ambikkan pampers dlm bilik, ayg nk tukar pampers anak ni…Abg, tolong buang sampah jap, sampah dah penuh…Abg, tolong keluar ke kedai bli garam jap, garam dh hbis”
“Osman, ari tu aku tgh bersembang dgn Abu kt luar umah dia…bini Abu suruh dia mcm2…ambik pampers, buang sampah, keluar g kedai…kesian Abu…sbb dia dapat bini jenis QUEEN CONTROL…”
Dlm 24jam, xpenah ke korang ni guna akal? Apa yg dibuatnya sebagai suami itu, salah ke? Tolong isteri sidai baju, salah? Tolong isteri kemas umah, salah? Keje umah tu keje sapa?
Sekarang ni, sapa yg tolong keje sapa…
Hidup berumahtangga ni kena saling bantu membantu, lengkap melengkapi…isteri suruh bukan bertujuan MENGARAH…klu dia bleh buat sendiri, dia akan buat tanpa perlu menyuruh…mgkin keadaan dan situasinya tak membenarkan dia utk buat sendiri lalu dia meminta pertolongan suami…
Kita org luar, kita dengar dan nampak macam suami turut perintah isteri, suami takut dgn isteri, suami memanjakan isteri dan sebagainya, walhal sebaliknya.
Member tu dah cukup baik dah jadi seorang suami dan isteri dia dah tersangat bersyukur & bertuah dah dapat suami yg ringan tulang…korang ja yg pkir lebih2, membawang bukan-bukan.
Tak hilang telor dan kejantanan org laki bila tolong bini!
Korang yg mengata tu, buat ke tidak semua keje2 ni…?Tobat lahom la x buat…dah keje nak mengata je.