Pelakon terkenal, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman ini sememangnya cukup dikenali ramai menerusi beberapa drama seperti Mimpi Cinderella, Suri Hati Mr.Pilot dan Rahsia Hati Perempuan. Malah wajahnya yang cantik dan tinggi itu juga membuatkan dirinya sering menjadi perhatian.
Baru-baru ini, Eina Azman telah mencuri tumpuan warganet apabila tular sebuah video di laman TikTok dimana dia seperti tidak kekok untuk melayan seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap penyakit kulit serius atau ‘Ichthyosis’.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @nurfahanamie88 ini, memaparkan pelakon jelita itu yang sedang mesra berpelukan serta mendukung kanak-kanak yang dikenali sebagai Alya Maisara.
Bukan itu sahaja, Eina Azman turut memberi bantuan dan membawanya ke sebuah klinik swasta untuk menaja kos pemeriksaan bersama pakar kulit. Selain itu, mereka juga dilihat berpegangan tangan dan berjalan-jalan di pusat membeli-belah.
Dalam hantaran tersebut, pemilik video yang juga merupakan ibu kepada Alya Maisara ini meluahkan rasa syukur serta memuji sikap rendah diri yang dimiliki oleh pelakon itu kerana sudi membantu dan turut mengucapkan ucapan terima kepada Eina Azman dan bondanya di atas layanan yang diberikan walaupun mereka hanya orang biasa-biasa.
“Insan yang sangat humble membantu tanpa balasan melayan tanpa status. Terima kasih untuk segalanya & Datin Paduka Eina Azman…Begitu jugak dgn bunda yang sangat-sangat baik melayan kami yang bukan siapa-siapa, begitu hebat didikan bunda hingga dapat anak yg sebaik DP Eina Azman…”
“Semoga Allah permudahkan segala urusan Datin Dan keluarga, diberi kesihatan, dimurahkan rezeki dan dilancarkan segala perjalanan dalam menunaikan ibadah Umrah Aamin…” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi mengenai video tersebut dan memuji sikap Eina Azam yang sangat baik serta jarang menunjuk nunjuk untuk melakukan kebaikan di media sosial.
Bukan itu sahaja, mereka juga kagum dengan pelakon ini kerana tidak sombong melayan peminat-peminat.
Malah, ada yang turut menitipkan doa buat Eina Azman agar dipermudahkan urusan dn mendoakan kesihatan Alya agar kembali pulih.
Antara komen warga maya:
“cara budak tu lari ke arah kak eina…teriak weh… nampak budak tu dapat rasa keikhlasan kak ina..”
“masyaAllah bagus datin eina ni. lepas dia kawin, suka sangat cara dia dengan family dan tak sombong… baiks sangat…”
“baiknya dia…dahlah cantik…”
“eina azman good mom…i very proud of you datin…”
Perkongsian yang tular di laman TikTok: