Connect with us

Viral

Tak Kisah Hantaran Bawah RM10K, Wanita Ada ‘Degree’ Ini Raih Perhatian Ramai

Sejak dahulu lagi, segelintir individu berpendapat bahawa duit hantaran yang perlu diberikan kepada seseorang wanita yang ingin disunting menjadi isteri akan diukur melalui tahap pendidikannya.

Hal ini juga boleh menyebabkan pihak lelaki ‘pening kepala’ lebih-lebih lagi apabila ada campur tangan ahli keluarga perempuan yang sengaja meletakkan hantaran yang agak tinggi.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nadia Md Yusof ini telah memuat naik satu perkongsian berkenaan perkahwinannya.

Menerusi video tersebut, dia memaklumkan wang hantaran yang diterima ketika majlis pernikahannya dari pihak lelaki adalah dibawah RM10,000 walaupun dia mempunyai segulung ijazah.


Dalam hantaran itu juga, memaparkan wanita itu yang mengatakan hanya meminjam cincin dari bakal ibu mentuanya sewaktu merisik dan memulangkan semula selepas acara.

Malah Nadia juga menjelaskan enggan mengambil peduli tentang mulut orang lain kerana bukan mereka yang akan melayari rumah tangga.

Selain itu, dia turut bernikah di pejabat agama untuk memudahkan urusan memandangkan mencari masjid atau lokasi yang sesuai untuk melafazkan akad nikah mengambil masa yang lama dan panjang.

Dalam pada masa yang sama, wanita ini menyifatkan wang hantaran sebanyak RM7,000 dan RM22.50 untuk mas kahwin mengikut negeri kelahiran itu sememangnya berbaloi supaya tidak menanggung hutang ataupun terganggu dengan masalah kewangan pada masa akan datang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi tentang perkongsian wanita ini yang tidak mengambil peduli tentang hantaran kahwin walaupun dia memegang ijazah.

Bukan itu sahaja, ada juga yang bersetuju dengannya tetapi disebabkan campur tangan dari orang tua  menyebabkan hasrat dan niat tersebut terpaksa dilupakan.

Antara komen warga maya:

“saya pn degree otw ke master, hntaran letak 8k. tp pihak laki tmbh 2k. jd 10k. unexpected diorg nk tmbh saat2 akhir…”


“Untg awak senng je… sy ni stress dengan keluarga nk ni dengan yag tu nk ni yag tersepit sy senak fikir duit sy haih..”

“menitis air mata mlihat org yg mmhmi agama masih, ada, moga smpai syurga , murah rezeki dunia akhirat ,kita permudah org buat baik Allah yg akn balas..”


“acik suka tengok pernikahan camni.mudah dan ringkas. muga berkekalan dah berbahagia hingga ke syurga. Aaminn..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@aidaneusofff #fyp #hantaran ♬ Cinta Terakhirku – Bagas Ran

Continue Reading
Advertisement