Pasti ramai daripada kita gemar untuk melancong ke negara orang bukan? Bukan sahaja boleh melihat kehidupan sesetengah kaum, malah kita juga dapat melihat pemandangan yang nyata berbeza dengan negara sendiri bahkan ada juga yang ingin melancong bagi ‘food hunting’.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana siapa sangka perjalanan seorang wanita yang melancong ke Turki secara solo akhirnya bertemu seorang jejaka sehingga membuatkannya jatuh cinta mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, dia yang lebih mesra disapa Kekyah ini kini menjalin hubungan cinta dengan jejaka Turki selepas bercuti di negara tersebut sekitar Mei lalu.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @Kekyahkentang, dia akui kagum dengan sikap kekasihnya itu yang bernama Nour.
Menurut Kekyah yang juga seorang pemandu pelancong ini, dia tidak kisah sekiranya wang ringgit dikikis oleh penjual manisan Turki tersebut dengan memberi sebab-sebab tertentu.
Tidak cukup dengan itu, Kekyah juga mendedahkan sepanjang perkenalan, Nour langsung tidak pernah mengambil kesempatan dan menghabiskan duitnya.
“Nour ni kalau nak kikis I pun, I sanggup je sebab dia setia, baik, handsome, pastu layan I macam princess.”
“Tapi tu la sepanjang kenal dia, satu sen pun tak pernah habiskan lagi kat dia. Sebab elok mak dia ajar jangan gunakan perempuan,” tulisnya.
Dia berkata begitu bagi menjawab salah satu daripada pertanyaan pengikutnya yang risau jika jejaka itu hanya ingin ‘bermain cinta’ namun Kekyah yakin Nour sememangnya tidak mempunyai niat buruk terhadap dirinya.
“Lelaki ni kadang-kadang tak perlu kaya pun untuk nampak ikhlas. Cukup la ada effort. Nour pukul 7 pagi dah terpacak kat airport tunggu I landing flight pukul 9.50 pagi.”
“Tak bagi I keluar duit satu sen kalau keluar sama. Tak bagi I beratur kalau nak beli apa-apa makanan sama-sama. Ingat tarikh lahir I, ingat I suka minum and makan apa.”
“Bagi I pegang phone and bagi password dia tanpa rasa was-was,” kongsi Kekyah dalam sebuah lagi video.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar mereka cepat mendirikan rumah tangga dan hubungan percintaan kekal sehingga akhir hayat.
Antara komen warga maya:
“So sweet.. tak sabar nak tengok kekyah kawin”
“Ignore je apa yang orang cakap kak.. buat ja apa yang boleh buat kita bahagia”
“Nampak baik orangnya.. kawin jelah kekyah..”
Video yang tular di laman TikTok: