Tak Kisah Status Nonny Nadirah, Niezam Zaidi Mahu Kahwin Sebelum Hujung Tahun
Desas-desus mengenai hubungan Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi yang menjadi tanya tanya sebelum ini telah terjawab.
Rancang berkahwin hujung tahun ini
Menurut pelakon Niezam Zaidi, 28, yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah, 30, sebelum hujung tahun ini.
Ujar pelakon ini lagi, dia sudah memikirkan perkara itu namun masih belum dapat menetapkan tarikh disebabkan masih terbabit dengan penggambaran drama.
Kita merancang, Allah tentukan
Selain itu, menurut Niezam dia juga mahu terus bernikah tanpa mengikat Nonny sebagai kekasih dalam tempoh yang lama.
“Memang ada perancangan ke fasa seterusnya. Kita merancang, Allah tentukan” ujarnya kepada Harian Metro.
“Sebab sekarang saya masih terbabit dalam penggambaran drama Luka Di Hati Diya sehingga Ogos depan”.
Perkara baik tidak elok dilambatkan
“Saya pun ada cakap pada Nonny nak fokus drama dulu, selepas itu baru fokus satu persatu. Saya cakap dengan dia juga, perkara baik tak elok dilambat-lambatkan”.
“Insya Allah, nak kahwin tahun ini. Apa pun, macam dikatakan tadi, saya kena habiskan kerja dahulu. Fikir memang sudah fikir, cuma tinggal nak tetapkan lagi”.
Ikutkan, saya mahu terus nikah sahaja
“Lagi pula, saya kena pergi kursus kahwin dulu. Ikutkan saya, nak terus nikah saja”.
Saya juga ada bercakap dengan keluarga soal ini dan mereka okay kalau saya nak bernikah terus,” katanya lagi.
Niezam yang juga pelakon filem M4M4 berkata, dia merancang untuk berjumpa keluarga Nonny di Sabah bagi mendapatkan restu.
Saya belum pernah berjumpa keluarga Nonny
“Saya belum pernah berjumpa keluarga Nonny lagi. Sebelum ini hanya menerusi panggilan video saja”.
“Insya Allah, selepas penggambaran selesai bolehlah saya pergi berjumpa secara teratur. Saya uruskan satu persatu. Saya percaya niat baik ini akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.
Kami berkenalan sejak 2016
Mengulas mengenai perhubungan yang berlangsung sejak setahun lalu itu, Niezam menyifatkan kehadiran Nonny adalah kiriman Allah untuk dirinya, begitu juga sebaliknya.
“Kami berkenalan sejak 2016 iaitu ketika membintangi telefilem Minah Motor untuk TV3. Sewaktu itu, kawan biasa saja sebab masing-masing ada pasangan”.
“Selepas Nonny bercerai barulah kami mula rapat. Semuanya terjadi secara tidak dijangka”ujar pelakon ini.
Status Nonny berkahwin dan bercerai bukan halangan saya berkawan dengannya
“Apabila saling bermesej dan kami putuskan untuk berjumpa. Sejak itu kami menjadi semakin rapat”.