Connect with us

Selebriti

Tak ‘Lalu’ Tengok Mat Kilau, Seniwati Fauziah Nawi Dedah Punya Alasan Sendiri

Terdahulu, filem pecah panggung Mat Kilau arahan Syamsul Yusof ini telah mencetus fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mengira golongan umur. Malah penerbit Studio Kembara juga bakal melakukan prekuel naskah tersebut tahun depan.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, siapa sangka seniwati terkenal Fauziah Nawi masih belum lagi menonton filem tersebut dan mengakui mempunyai alasannya tersendiri.

Memetik sumber, Fauziah mengatakan ada sesuatu yang tidak ‘kena’ tentang filem itu meskipun dia menghormati hasil tangan pengarah Syamsul Yusof.

“Saya tak tengok pun. Saya takut nak pergi! Semua filem dan tempat terbuka macam panggung wayang sampai sekarang saya tak pergi okey. Sebab Covid-19. Bukan sebab saya tak nak terima idea orang baharu macam Syamsul. Dia pegang apa pun, jadi emas. Apa yang ditonjolkannya dalam Mat Kilau adalah cara dia (mengarah)…”

“Tentulah orang kata ada juga yang tak kena (tentang filem tersebut). Tetapi, bagi saya, dialah yang menyebabkan sekarang mengapa orang tengok cerita Melayu. Dapat kutipan panggung yang tinggi. Sungguhpun begitu, banyak yang tidak ‘kena’ tentang filem berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Fauziah turut menjelaskan ada elemen tidak tepat tentang filem terbitan Studio Kembara terutamanya dari segi bahasa yang digunakan.

“Saya tengok snippet (babak pendek dalam trailer), saya dah rasa banyak tak ‘kena’. Dari soal bahasa terutamanya. Bukan apa, sebab saya dah tengok skrip yang pertama dan kedua. Bukan sebab Mat Kilau arahan Syamsul terlalu komersial. Mana ada orang dahulu gunakan perkataan atau bahasa sebegitu. Maaf, saya tak tengok. Lantaklah macam mana sekalipun…”

“Apa yang utamanya, saya tak tengok di panggung sebab saya takut. Apa-apa jadi pada saya, mati saya nanti sebab Covid-19,” ujarnya lagi.

Namun begitu, dia tetap memuji Syamsul tetapi secara peribadi Fauziah lebih menggemari filem-filem sentuhan adik pengarah berkenaan, Syafiq Yusof.

“Tapi satu perkara, saya puji Syamsul, dia pegang apapun, menjadi. Secara peribadi, saya lebih suka adiknya punya ‘touch’ lagi sebagai pengarah. Syamsul tahu sasaran dan pasaran dia. Itu kelebihannya. Syamsul dia buat apapun, memang menjadi,” tambahnya lagi.

Continue Reading
Advertisement