Media sosial baru-baru ini dikejutkan dengan gambar seorang kanak-kanak lelaki memangku adiknya di bilik darjah selepas guru kelas sendiri menyiarkan gambar berkenaan menerusi Facebook miliknya.
Mateo Bano merupakan pelajar gred 5 di sebuah sekolah yang terletak di Filipina. Setiap hari, Mateo terpaksa membawa adiknya ke sekolah kerana tiada siapa yang boleh menjaga anak kecil itu di rumah.
Mateo dalam pada itu tidak mahu ketinggalan dalam setiap pelajaran yang di ajar di sekolah.
Pada usianya 9 tahun, Mateo memikul tanggungjawab yang besar selepas ketiadaan ibu mereka yang meninggal dunia kerana kehamilan di luar rahim.
Bapa mereka dikatakan bekerja di pekan sebagai tukang kayu dan memaksa Mateo untuk menjaga adiknya.
Turut mendapat bantuan daripada pihak sekolah melalui program makanan percuma, Mateo tidak lupa untuk menyuapkan adiknya makanan pada setiap kali waktu rehat.
Pihak pengurusan sekolah memahami beban yang ditanggung Mateo dan tidak kisah sekiranya keadaan Mateo memaksanya untuk membawa anak kecil itu ke sekolah.
Sebaik kisah Mateo tular, netizen rata-rata bersimpati di atas nasib yang menimpanya dan ingin tampil menyumbang untuk Mateo serta adik-beradik lain, supaya mereka dapat melangsungkan hidup.
Sumber: Siakap Keli