Beberapa hari lepas, Cef Ammar atau nama sebenarnya Ammar Al Ali yang juga famous dengan jualan nasi arabnya terpalit dengan satu kontroversi yang mengatakan harga nasi arab yang dijualnya sangat mahal.
Tampil menjelaskan isu tersebut, dia memaklumkan bahawa proses penyediaan makanannya tidak mudah dan barang yang digunakan semuanya berkualiti tinggi sambil menunjukkan bahan tersebut.
Pun begitu, Nama Cef Ammar kembali menjadi bualan hangat apabila baru-baru ini dia mendedahkan gajinya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @momomqms, dia memaklumkan bahawa pada tahun 2008 dia bekerja di sebuah hotel dan gajinya pada ketika itu mencecah RM 25 ribu ringgit.
Difahamkan, dia berhenti bekerja di hotel tersebut kerana agama dan halal bahkan dia juga tidak mahu bersubahat kerana perkara tersebut akan dikemukakan di padang mahsyar.
“saya sudah berhenti..bukan kerana saya tak pandai, kerana agama, kerana halal. Saya tak mau jadi bang**t, saya tak mahu bersubahat..”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 834.7K tontonan, 53.1K tanda suka,2038 komen dan 1100 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan apa yang dihadapinya dimanai ramai yang cuba untuk menutup periuk nasi orang lain.
Dalam masa yang sama, para netizen juga bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Cef Ammar dan ada juga yang pernah bekerja di hotel bahagian ‘kitchen’ pasti tahu tentang isu halal dan haram ini.
Berikut merupakan komen warga maya:
“semakin ramai nak tutup periuk nasi dia, semakin Allah buka luas2 pintu rezeki dia”
“yang pernah kerja kitchen hotel je tahu kalau bab halal ni..”
“betul.. semua makanan kat hotel tu belum tentu halal..”