Connect with us

Selebriti

Tak Minum Ais & Amal Senaman Pijak Rumput, Nash Akui Pentingkan Kesihatan

Vokalis utama kumpulan Lefthanded, Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias ini cukup dikenali lebih-lebih lagi dengan lagu hitsnya yang berjudul ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ malah turut ‘meletup’ di pasaran sekaligus mengangkatnya sebagai pemenang Juara Lagu 1992.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Datuk Nash Lefthanded telah menyambut ulang tahun kelahiran ke-63 dan meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja.

Memetik sumber, anak kelahiran Johor ini juga sempat berkongsikan beberapa tips dan mengatakan lebih mementingkan kesihatannya memadangkan sudah menceah umur 60-an.

Menurutnya, dia tidak pernah mengambil minuman berais serta kerap melakukan senaman pijak rumput sejak lebih 10 tahun lalu.

“Apabila mendapat ucapan bertalu-talu menerusi mesej media sosial dan telefon, saya rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah saya masih bertenaga dan sihat hingga kini terutama sebagai penyanyi..”

“Untuk penyanyi lagu bernada tinggi seperti saya, tenaga itu sangat penting. Saya ingin kongsi tips di mana sebaik selesai solat Subuh, pergi berjalan dengan berkaki ayam di atas rumput untuk menyerap tenaga…”

“Selain itu, pengambilan ais juga sangat tidak baik untuk sesiapa pun. Tipulah saya tak ambil tapi bila ada masa yang saya mengidam sangat saja. Saya amalkan ini sudah lebih 10 tahun,” katanya

Walau bagaimanapun, Nash turut berkongsikan perkembangan terbarunya dimana dia telah dilantik sebagai juri tetap program Getaran Jiwa terbitan TV Sarawak (TVS). Selain rancangan itu, penyanyi ini juga akan membintangi pementasan teater ‘Puteri Sadong’ tidak lama lagi malah dia turut meluahkan rasa terharu kerana masih ada lagi pihak yang memberikan tawaran dan mempercayainya.

“Meriah pula tawaran saya dapat dari Sarawak dan sangat berbesar hati kerana mereka memilih saya. Saya harap saya akan dapat buat yang terbaik untuk setiap tawaran itu. Kali terakhir saya terbabit teater lebih 10 tahun lalu. Kali ini, saya cabar diri menerima tawaran itu kerana ceritanya sangat menarik…” jelasnya lagi.

Sekadar info, Nash pernah mendirikan rumah tangga bersama Hayati Mohd Yusuf. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata Fareena Nasha, Najeeha Nasha, Mohamed Shameer Nasha, Jasmen Hanis Nasha dan bercerai pada tahun 1998.

Pada tahun 2006, Nash berkahwin dengan seorang pengusaha produk kecantikan terkenal Sosilawati Lawiya tetapi berpisah pada 2009.

 

Continue Reading
Advertisement