Adat bercinta mestilah sanggup melayan kerenah dan permintaan pasangan masing-masing untuk menunjukkan perasaan kasih dan cinta kepada pasangan.
Terbaru satu tweet dari twitter Ruhanies telah tular apabila teman lelaki kepada pelakon cantik manis itu sanggup membawa sepinggan nasi kandar masuk ke dalam kereta.
Teman lelakinya berbuat demikian untuk memenuhi hasrat teman wanitanya itu yang enggan makan di dalam kedai.
“Saya lapar tetapi tak nak makan kat kedai sebab saya selekeh. Akhirnya, dia memesan nasi kandar dan membawa masuk pinggan ke dalam kereta untuk suapkan saya”.
“Oh tuhan, kadang-kadang dia sangat kelakar. Macam mana saya tidak jatuh cinta dengan lelaki ini,” kata pelakon kelahiran Pulau Pinang itu.
Namun begitu, rata-rata netizen kurang senang hati dengan cara pasangan itu menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain kerana dilihat seperti berlebihan.
“Jarang perempuan tak menyusahkan lelaki, tak fasal kena bawa nasi tu dalam kereta. “Boleh je bungkuskan? Gedik tahap master ni,” tulis beberapa netizen.
Ramai netizen yang mempertikaian kewajaran tindakan Ruhainies itu keterlaluan dan tidak perlu sehingga membawa pinggan masuk ke dalam kereta.
Selain itu,ada juga beberapa komen netizen yang melihat perkongsian Ruhainies itu dalam perspektif berbeza.
Ada juga netizen tidak tertarik dengan isu membawa pinggan masuk kedalam kereta kerana ada yang lebih tertarik dengan model kereta yang dipandu teman lelaki Ruhainies itu.
“Makan nasi kandar dalam Ferrari. Dia pakai (pandu) Ferrari tu, kau tak nampak ke?
“Jarang tak sayang kalau dah pakai Ferrari,” sindir beberapa netizen lain.
Ruhainies juga tidak senang duduk selepas menerima pelbagai komen dari netizen dan menyifatkan netizen sekadar mencemburui kebahagian yang cuba dikongsi.
“Ramainya yang bitter. Sakit hati sangat ke tu… Pertama, bersihkan hati anda. Kedua, lelaki yang bitter tu, anda layan teman wanita atau isteri anda macam mana? Nak tahu juga”.
“Ketiga, perempuan yang bitter, asalkan saya tak makan dengan teman lelaki anda. Keempat, saya tak makan dalam kereta anda. Kelima, tak pernah buat kerja gila dengan pasangan anda ke?” tanya Ruhainies.
Ruhainies juga turut menempelak netizen yang mendakwa dia dan teman lelakinya berkelakuan seperti orang tidak berakal apabila membawa masuk pinggan nasi kandar ke dalam kereta.
“Jika anda sangat bodoh, tolong simpan sedikit. Jangan guna semua. Saya boleh makan di mana-mana sahaja saya mahu”.
“Tepi tasik ke, tepi laut ke, dalam kereta saya ke, dalam kereta dia ke. Asalkan saya tak makan dalam kereta anda. Tak pernah lagi lihat orang keracunan makanan jika makan dalam kereta,” kata Ruhainies.
Ruhainies juga dikatakan seorang yang cepat melatah dengan komen-komen dari netizen, seorang pengguna Twitter tampil menyuarakan pendapatnya.
“Netizen boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu. Jadi, kalau anda bitter dengan semua komen netizen, awak hanya perlu jauhkan diri anda daripada apa-apa media sosial. Hanya memberi pendapat. Maaf,” katanya.