Bagi peminat selebriti cantik Fasha Sandha pastinya perasan sejak bulan Ramadan yang lalu, pelakon wanita ini dilihat cantik mengenakan hijab.
Boleh dikatakan penampilannya yang ketika itu sedang hamil mendapat pujian warganet setiap kali dimuat naik di laman Instagram.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, gambar-gambar Fasha Sandha tidak lagi bertudung telah tular di media sosial.
Mana tudung?
Perkara itu membuatkan ramai peminatnya mulai tertanya-tanya sama ada Fasha sudah berhijab atau pun tidak.
Ini kerana, menerusi muatnai terbaru di Instagram suaminya, Aidil Aziz, Fasha dilihat tidak bertudung semasa bercuti.
Fasha tak pakai tudung dah ke?
Rata-rata di antara mereka mempersoalkan sama ada Fasha sudah bertudung ataupun tidak kerana sebelum ini pelakon tersebut kerap memakai hijab dan sempat mendoakan agar dirinya sentiasa istiqomah.
Namun begitu, jika dilihat sebelum ini Fasha tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa sudah bertudung sejak hamil.
Tetapi ramai yang telah mendoakan pelakon tersebut untuk kekal sebegitu kerana terlihat sangat manis.
Sebelum ini, Fasha dan Aidil Aziz baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 7 Ogos yang lepas.
Bayi perempuan yang diberi nama Aisha Amaira telah selamat dilahirkan selepas Fasha Sandha mengalami 2 kali keguguran sepanjang perkahwinannya bersama Aidil.