Kebanyakan pelajar sekolah yang baru mendapat lesen motosikal sering kita lihat menunggang secara bahaya tanpa mematuhi peraturan jalan raya.
Lebih teruk lagi jika motosikal yang dibawa diubah, tidak menepati ciri keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Persis rakaman yang tular baru-baru ini di TikTok oleh @hafiz.danial di mana dua orang pelajar sekolah membuat cubaan untuk melanggar lampu isyarat namun gagal.
Selain daripada bahaya, situasi yang sempat dirakam ini turut berbaur lucu, membuatkan netizen yang melihatnya ikut ketawa!
Menerusi video yang dimuat naik, penunggang yang tidak sabar menunggu lampu isyarat bertukar hijau itu langsung tidak perasan perbuatan mereka diperhatikan oleh anggota polis di belakang.
Pelajar berkenaan bertindak untuk melanggar lampu isyarat walaupun banyak kenderaan yang sedang memecut dari arah bertentangan.
Mungkin kerana motosikal yang dibawa pelajar tersebut tiada cermin sisi, menyebabkan mereka tidak sedar kehadiran abang polis yang betul-betul hampir dengan mereka.
Sebaik sahaja lalu lintas dari arah lain tenang, laju mereka memecut tanpa menyedari motosikal polis mengekori dari belakang, menyebabkan mereka ditahan.
Sejak rakaman memaparkan gelagat remaja sekolah itu dikongsikan, ia berjaya mengutip jumlah tontonan sehingga 828.4 ribu serta meraih sebanyak 79.2 ribu tanda suka!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mentertawakan tindakan pelajar berkenaan sehingga dikejar abang polis.
Tambah netizen lagi, mereka hairan bagaimana dua orang pelajar tersebut langsung tidak perasan kewujudan anggota polis bermotosikal di belakang mereka.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“yg pergi langgar traffic tu dh knp😭”
“kalau ade membe skolah lain nampak malu kena bahan 1 sekolah 😂”
“bole la tu ada modal nk borak ngn membe 😂”
“dak2 bangi bhaa ni”
“ada side mirror pegi buang… pastu langgaq lampu xnampak polis kat belakang.. kan dah mendapat 🤣🤣🤣”
Video yang tular di laman TikTok