Connect with us

Viral

Tak Perlu Kemoterapi, Bomoh Dakwa Mampu Pindahkan Penyakit Kanser Pada Pokok Raih Pelbagai Respon Netizen

Sembuh daripada kanser bukan lah satu perkara yang mudah namun ianya juga tidak mustahil.

Oleh sebab itu ramai diantara netizen yang kurang percaya jika ada yang tampil mengatakan mereka mampu untuk menyembuhkan penyakit kanser.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bomoh ‘Islam’ mendakwa dia mampu memindahkan penyakit kanser ke pokok menerima pelbagai respon dari warganet.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, lelaki warga emas itu mengaku mampu menyembuhkan penyakit yang ditanggung pesakit tanpa memerlukan rawatan kemoterapi seperti yang selalu diguna pakai di hospital.

Dapat kita lihat, lelaki yang dikenali sebagai Pak Lang itu sedang memindahkan sakit barah payudara seorang wanita ke pokok.

Kelihatan juga benjolan yang timbul pada permukaan pokok dipercayai ketumbuhan kanser para pesakit yang pernah dirawat oleh Pak Lang itu.


Dia juga mengatakan dia hanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan ilmu penyembuhan itu telah diperturunkan oleh datuknya sejak 30 tahun yang lalu malah cuma mengambil masa selama 10 minit untuk memindahkan kanser ke pokok

“Selalu pesakit akan datang jumpa kami dan proses rawatan akan dilakukan di rumah yang terletak Manjung, Perak. Bayaran yang dikenakan bermula dari RM50” ujarnya

Bagaimana pun, Paklang berkata ianya hanyalah sekadar alternatif bahkan tidak menghalang pesakitnya untuk melakukan rawatan lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai rawatan tersebut.

Ada netizen yang mengatakan bahawa pesakit kanser akan melakukan apa sahaja alternatif selain rawatan hospital bagi kembali sihat seperti sedia kala tanpa mempercayai rawatan tersebut malah menganggapnya sebagai satu ikhtiar sahaja.

Ada juga yang akui bahawa ilmu tersebut sememangnya wujud dan diamalkan oleh masyarakat pada zaman dahulu.

Antara komen warga maya:

“orang yang kena kanser atau famili terdekat je faham macam mana rasa, selagi ada ikhtiar akan cuba termasuk ubat doktor”

“this is real. Ustaz UiTM saya pun memang cara merawat dia dengan transfer kanser ke pokok.. Alhamdulillah ramai sembuh”


“ikhtiar macam ni boleh dibuat tapi rawatan hospital jangan dilupa..”

“kalau pokok tu berbuah, buah pokok tu tak boleh makan, busuk dalam buah tu.. kat kampung saya dulu, pengubat tu buang kat pokok kenanga..”

“kawan saya ikhtiar cara ni.. Alhamdulillah sekarang bebas dari penyakit ni..”

Video yang tular:

@paklang_perubatanislam #fyp #fypシ #fypage #perubatanislam #paklangperubatan #semogacepatsembuh ♬ bunyi asal – Paklang perubatan islam

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.