Connect with us

Viral

Tak Pernah Belajar Berenang, Adik 3 Tahun Ini Mampu Tahan Nafas Lama Dalam Air Buat Netizen Kagum

Ramai dikalangan ibu bapa pasa masa kini menghantar anaknya ke kelas berenang pada usia yang sangat kecil bahkan ianya juga mempunyai pelbagai kelebihan.

Bukan sahaja mampu memiliki kehebatan berenang namun ianya juga membantu anak tersebut daripada kejadian lemas.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki berumur 3 tahun mampu mengawal nafas dengan lama di dalam air mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amoibajumerah, kelihatan seorang budak lelaki sedang sakan mandi di sebuah kolam yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Namun apa yang mengejutkan adalah budak lelaki tersebut mampu menahan nafas yang agak lama di dalam air malah mukanya steady sambil menikmati pemandangan di bawah di dalam kolam.

Apa yang lebih hairan adalah ibunya tidak pernah menghantar anaknya ke kelas berenang cuma selalu bermain selam kepala di dalam baldi ketika mandi di bilik air rumahnya.

“Baru 3 tahun selalu selam kepala dalam baldi tiba dapat kolam.. woii!! Dia taknak keluarr.. muka macam takde apa-apa yang terjadi siap cari camera”

“Berapa panjang nafas kau anak, mungkin sebab dia pakai baju ultraman.. dia relax menikmati pemandangan.. terus tarik sebab mak bapak dia dah cuak tapi dia masih relax macam tiada apa yang terjadi” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@amoibajumerah #fyp ♬ original sound – AMOIBAJUMERAH

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga seram melihat budak lelaki tersebut yang steady berada di dalam air walaupun tak pernah belajar berenang.

“Akak kalau buka mata pun pedih adik oi. Siap pakai goggles kalau nak buka mata. Hebat dahsyat kau dik!” Netizen

Bukan itu sahaja, netizen berharap agar budak lelaki ini dapat menjadi atlet perenang yang hebat apabila besar kelak.

Berikut merupakan komen warga maya:

“hebat dia kawal pernafasan dia”

“mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..”

“aku yang tengok aku yang takleh bernafas”


“asah bakat dia.. ada rezeki hantar ikut latihan berenang.. kursus berenang, sekolah sukan..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.