Connect with us

Selebriti

“Tak pernah terlintas langsung di hati saya..” Isu Hina Rambut Orang Asli, Siti Sarah Mohon Maaf

Siti Sarah antara pengiat seni yang tidak asing lagi dalam industri. Sejak semalam satu video telah tular mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.

Siti Sarah didakwa menghina masyarakat Orang Asli

Menerusi video tersebut, penyanyi itu didakwa menghina masyarakat Orang Asli. Susaulan videonya itu, Sarah dikecam teruk oleh netizen di laman Twitter.

Difahamkan, ketika kejadian Sarah dikatakan sedang mempromosikan produk shampoo di sebuah salon.

Rambutnya dah macam Orang Asli

Dalam video itu, Sarah mengatakan produk berkenaan bagus untuk mengurangkan bau busuk pada rambut.

“Walaupun pakai tudung, kena guna produk ini sebab kalau buka rambut tak bau tengit. Jadi, walau bertudung kena datang tempat ini, sebab kalau buka aib, rambutnya dah macam Orang Asli,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Salam jummat … dah hari jumaat ni jagan lupa potong kuku 😉 baju saya dari @nunodotmy

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

nbsp;

Timbul rasa kurang senang netizen dengan kenyataan penyanyi itu

Ekoran dari kenyataannya itu, timbulkan rasa kurang senang netizen kerana seolah menghina masyarakat Orang Asli.

Malah, ramai netizen mengatakan Orang Asli sebenarnya mempunyai rambut yang cantik.

Orang Asli ramai lagi maju, cantik dan berjaya dari kamu

Walaubagaimanapun, ada yang yang berpendapat ia bukanlah satu kenyataan yang menghina dan isu tersebut tidak patut diperbesarkan.

Siti Sarah mohon maaf

Terbaru, Siti Sarah telah mengeluarkan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan kenyataannya.

Menurutnya, perkara tersebut tidak disengajakan dan tidak terlintas dihatinya untuk menghina apatah lagi menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

“Saya dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.

“Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Tidak pernah terlintas langsung dihati saya untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia.

“Lebih dua dekad berada dalam industri seni tanah air, saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial. Saya percaya segala perbuatan akan menjadi perhatian masyarakat,” katanya.

Terima permohonan maaf Ridzo

Sarah juga memberitahu, dia juga telah menerima permohonan maaf daripada Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Kimura yang memuat naik video tersebut sehingga menjadi tular.

“Sebagai manusia kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Justeru saya menerima permohonan maaf yang dibuat Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura yang memuat naik video perbualan kami tanpa mendapat keizinan saya terlebih dahulu sehingga menjadi tular,” ujarnya.

Dalam pada itu Sarah turut mengakui insiden tersebut menjejaskan reputasinya sebagai selebriti dan usahawan, dan memohon agar perkara tersebut tidak diperbesarkan lagi.

“Sememangnya insiden yang tercetus, sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.

“Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir dari saya,” katanya.

Justeru itu, Sarah tidak akan lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu terbabit dan cadangan untuk sidang media esok juga tidak akan diadakan.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.