Connect with us

Viral

“Tak pernah tinggalkan dia” Derita Kanser Tahap 4, Wanita Ini Setia Di Sisi Sahabat Sehingga Nafas Terakhir

Bak kata orang, kawan memang mudah untuk dicari, tapi kawan yang ada tatkala susah dan senang bukannya satu perkara yang mudah namun tidak mustahil.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, pada masa kini ramai yang suka mengambil kesempatan dalam berkawan bahkan ada juga yang seperti duit syiling, depan lain, belakang lain.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita setia menjaga sahabatnya yang menghidap kanser dinding rahim tahap 4 sehingga ke akhir nafas mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, Kay Rashid, 30, memaklumkan Wan Marziah Mohamed Rejab, 40, atau lebih dikenali sebagai Kak Long menghembuskan nafas terakhir jam 9.30 pagi Khamis di kediaman keluarganya di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

“Kak Long dah meninggal lebih kurang 9.30 pagi tadi (Khamis). Dah dua hari dia tenat, jadi saya memang bermalam di rumah keluarga dia sepanjang keadaan dia macam ni.”

“Keadaan dia tak okay dah dua minggu. Tapi yang betul-betul teruk dah dua hari.”

“Selama dua minggu ni memang saya selalu datang ziarah dan teman dia. Memang saya tak pernah tinggalkan dia sebab tengok keadaan dia pun dah tenat,” katanya


Walaupun sudah tidak tinggal bersama sahabatnya itu sejak Disember 2022, Kay tidak pernah berhenti bertanya khabar dan sentiasa datang menziarahi Kak Long yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

Sebelum pergi, Kak Long turut meninggalkan pesan kepada Kay yang sentiasa ada ketika susah senangnya dan setia menjaga dirinya hingga ke akhir hayat.

“Sejujurnya dari dalam hati, Kay tak kuat untuk terima. Tapi Kay pegang pesanan dia supaya Kay terus kuat bila dia pergi nanti sebab waktu dia ada, segala suka duka Kay dia akan dengar. Tapi sekarang bila dia dah tak ada, Kay perlu kuat untuk diri sendiri.”

“Kak Long beritahu dia sayangkan Kay sebab banyak susah senang bersama. Banyak benda yang kami lalui bersama sepanjang perkenalan empat tahun ini. Kak Long ucap I love you untuk Kay,” katanya

Sekadar info, Allahyarhamah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Surau Al-Munawwarah, Bandar Putera 2, Klang, Selangor pada Khamis sekitar 5 petang.

“Hubungan Kay dengan keluarga arwah memang baik. Sebab Kay pun dah anggap keluarga arwah macam keluarga saya sendiri.”

“Dulu mungkin datang rumah Kak Long sebab nak ziarah tapi lepas ni walaupun arwah dah tak ada, Kay tetap juga akan datang. Akan selalu keep in touch dengan mereka semua,” katanya.

Kay juga akui Kak Long merupakan seseorang yang baik hati, sentiasa sopan dan lembut apabila berbicara, selain suka mengucapkan ungkapan ‘maaf’ dan ‘terima kasih’ sepanjang dia mengenali arwah.

“Sebab itulah dia disenangi ramai, baik orang sekelilingnya ataupun yang kenal di TikTok. Ramai sayang Kak Long,” katanya.

“Kay sentiasa bersedia kalau ada yang ajak untuk sertai mana-mana persatuan terutamanya berkaitan dengan kanser dan juga penyakit kemurungan major. Kay akan kongsi dengan orang ramai supaya mereka semua tahu bahawa penyakit ini sangat bahaya.”

“InsyAllah selepas pemergian arwah, Kay mungkin akan lebih fokus kepada pekerjaan Kay iaitu jurulatih gim dan akan menjadi lebih kuat,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@iamkayrashid I bersyukur, ada dengan you dari you sihat, sehingga you dijemput Ilahi. I ada dengan you masa you tengah tenat dan menghembuskan nafas yang terakhir. Rasa baru sangat I uruskan you, cium dahi you, angkat you, suap you makan ubat, tampal Fentanyl patch dekat kaki you, lap badan you, tukar pampers you. Semoga you tenang disana. Dah lama you menanggung kesakitan. You tak pernah merungut. You pergi pun dalam keadaan meniti kalimah Lailahaillallah dibibir you. MasyaAllah.. #kaklongkay #cancerfighter ♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan

@iamkayrashid Kaklong tak pernah paksa Kay untuk jaga dia. Kay yang sendiri nak jaga. Biar Kay menjadi sebahagian hidup Kaklong & juga family Kaklong. #kaklongkay #kaklongkayclan #cancerfightermalaysia #cancerawareness #endometrialcancer #palliativecare ♬ original sound – Amir Brandon

@iamkayrashid @shahziera91 Ini adalah ringkasan perjalanan kanser kaklong. Kanser dinding rahim dari stage 3b ke stage 4. Semoga menjadi inspirasi kepada orang lain. #fyp #kaklongkay #kaklongkayclan #cancerfighter #cancerfightermalaysia #cancerawareness #endometrialcancer #stage4cancer #palliativecare #chemotherapy ♬ PadaMu Kubersujud – Religi Islam – Afgan

Continue Reading
Advertisement