Connect with us

Viral

“Tak pilih kerja, janji halal” Bapa Usaha Keras Demi Anak, Kutip Sampah Cari Duit Bayar Yuran Sekolah Agama RM500

Sejak sesi persekolahan bermula, dapat kita lihat ramai anak-anak yang gembira kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan mereka di sekolah semula.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun di sebalik keceriaan mereka itu, adanya ibu bapa yang berhempas pulas mencari rezeki untuk membiayai wang yuran persekolahan mereka.

Itulah usaha yang dilakukan oleh seorang lelaki ini, Basri yang bekerja keras untuk memenuhi keperluan anaknya itu untuk bersekolah di sekolah agama.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jafnyelias2 di laman TikTok itu, Jafny memberikan sampul berisikan ‘hadiah’ buat Basri sebelum bertanyakan perihal diri Basri ini.

Dalam pada itu, Basri sempat mengucapkan terima kasih kerana permudahkan lagi rezekinya dan turut menitipkan doa buat Jafry.

“Pasal anak nak sekolah. Tak memilih kerja, janji halal,” jawab Basri.

Apabila ditanyakan mengenai apakah semangat yang membuatkan dirinya semangat bekerja, Basri menyatakan bahawa ianya semua untuk anak dan juga isterinya.

Basri turut meluahkan bahawa yuran sekolah pun sudah cecah RM 500, demi anaknya dia sanggup bekerja kuat untuk mencari rezeki lebih.

“Pasal anak nak sekolah, dia sekolah agama. Yuran saja RM 500. Tak kerja, kesian kat anak,” terangnya lagi.

Difahamkan, Basri harus berulang-alik dari rumah ke tempat kerjanya dengan hanya menaiki motor sejauh 20km.

Basri turut meluahkan hasrat dan harapannya agar anaknya akan berjaya suatu hari nanti.

Akhir video, Jafny sempat memberikan kata-kata dan mendoakan Basri supaya urusannya dipermudahkan, dipermudahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan diberikan kesihatan yang baik kerana pekerjaan Basri merupakan suatu kerja yang mulia.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa sebak mendengar kisah Basri.

Antara komen netizen:

“wahai anak tgok la.ayah mu ini.. jgn lupa pengorbanan ayah yg mmbesarkan mu utk jdi org yg Berguna”


“semoga ank encik jadi ank soleh/ solehah..berjaya dunia akhirat..Sy sebak..sbb suami Sy pun struggle nk sklhkn ank di sklh agama..🥺”

Video TikTok yang tular:

@jafnyelias2 Pengorbanan seorang ayah untuk anak #kongsirezeki #pengorbanan #kerja #rezekihalal #kebaikan ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Continue Reading
Advertisement