Connect with us

Viral

“Tak prihatin” Jiran Selamba Masak Di Balkoni Rumah, Lelaki Ini Luah Rasa Marah

Hidup berjiran ini pokok pangkalnya haruslah bertimbang rasa dan tidak menyusahkan orang lain bagi mengelakkan bermasam muka antara salah satu sama yang lain.

Pun begitu, jiran pada masa kini seolah-olah tidak memikirkan orang lain dan akhirnya mencetuskan rasa tidak puas hati ramai.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki meluahkan rasa kesal apabila jiran yang berada di blok bawah selamba masak di balkoni mencuri perhatian ramai.

Difahamkan mereka tinggal di sebuah apartment malah dia sempat menunjukkan lantai balkoninya yang turut terjejas dan berminyak gara-gara wap yang terhasil dek kerana perbuatan jirannya itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @daddydos di TikTok, dia juga memaklumkan pakaian yang dijemur juga turut berbau minyak malah situasi tersebut sudah berlanjutan selama hampir setahun.


Bercerita lanjut, lelaki ini telah pun membuat aduan kepada pihak management namun tiada tindakan susulan yang dilakukan.

Tidak cukup dengan itu, lelaki ini sendiri penah berjumpa dengan jirannya itu namun tiada perubahan dan seolah-olah mencurah air ke daun keladi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang mengapa dia perlu masak di balkoni sedangkan setiap rumah memiliki dapur.

Tidak cukup dengan itu netizen juga beranggapan mungkin jirannya itu berniaga namun lupa hakikat hidup berjiran

Antara komen warga maya:

“masalah kita serupa.. berminyak satu hal, kita pun naik loya bau minyak goreng setiap hari”

“maybe dia meniaga tapi dia tu lupa yang dia tinggal kat rumah yang ada jiran atas bawah depan belakang”


“omakkk aih dia tengah merewang ke tu?”

Video yang tular di laman TikTok:

@daddydos masalah jiran ✅ . masalah managment bodoh ✅ …. takut sgt nak ambil tindakkan. 😡 habis lantai rumah berminyak baru yg jemur baru minyak .. hadoii. korang penah ada kes camni tak 😣? masalah jiran tak prihatin… kang aku bakar satay baru tahu…#fypシ #fyp #thankyouforyoursupport #comment #viral #jirandarineraka ♬ original sound – Bubih

@daddydos Reply to @mailmahat part2 isu jiran .. terima kasih yang beri pandangan dan komen yg bernas. daddydos explain sikit ape yg terjadi sebenarnya ya…. sabar je lahhh. 😊 #fyp #fypシ #comment #viral #jirandarineraka #share #supportme ♬ original sound – Daddy Dos

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.