Yahya berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu jumlah denda yang dikenakan terhadap Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, tidak setimpal memandangkan kecederaan yang dialami dalam kejadian itu agak teruk.
“Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal ini apa cerita? Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?”
Pengawal keselamatan itu juga berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet, dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.
“Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,” ujarnya
Menurutnya lagi, dia akan menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.
Sebelum ini, Pak Yahya telah diblasah oleh pelawak terbabit hingga terpaksa dibawa ke hospital.
Yahya mendakwa, akibat dari insiden itu, beliau mengalami kecedraan pada hidung, muka dan sakit di bahagian pinggang serta lutut.
Pada mulanya Yahya juga berkata dia tidak berdendam cuma sedih dengan kejadian itu dan meminta jika pelakon itu mahu memohon maaf tunggulah sehingga dia sihat nanti.
“Saya ada keluarga. Isteri dan anak juga kecewa serta sedih lihat keadaan saya begini. Kalau dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu.
“Saya tidak berdendam cuma sedih dengan perbuatannya itu”
Semoga isu ini dapat diselesaikan seadil-adilnya kelak.