Connect with us

Selebriti

“Tak Sabar Nak Tambah Baby Tapi……” Amyra Rosli

Pelakon cantik manis, Amyra Rosli mengatakan dia ada terfikir untuk mengandung anak kedua memandangkan anak lelakinya Aqeef Anaqi sudah pun berusia setahun.

Tetapi oleh kerana jadualnya yang padat sepanjang tahun hadapan termasuk bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Nur 2 pada Januari selama dua bulan membuatkan dia berfikir kembali perancangannya itu.

“Kalau ikutkan memang nak malah tak sabar rasanya nak tambah baby tapi nampaknya bukan sekarang.

“Selain jadual saya yang padat rasanya buat masa ini saya dan suami ingin memberi fokus kepada Anaqi terlebih dahulu… Dia pun tengah lasak sekarang,” katanya

Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 27, berkahwin dengan aktor Amar Baharin November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober tahun lalu.

Tahun lepas, Amyra selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 12.07 tengah hari pada Ahad.

Ibu Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad memberitahu Amyra bersalin secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah Amyra selamat melahirkan cahaya mata pertama secara normal dan keadaannya baik walaupun masih lemah.

“Sepatutnya Amyra bersalin pada 25 Oktober tetapi nampaknya baby tak sabar nak keluar lebih awal.

“Apa-apa pun ibu dan anak berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Anak sulung Amar Baharin dan juga Amyra Rosli kini sudah pun berusia setahun. Malah menurut Amyra, dia ada juga terfikir untuk hamil lagi namun terdapat batasan yang membuatkan perkara tersebut tidak dapat dizahirkan buat ketika ini.

Walaubagaimanapun, Amyra tetap teruja untuk kembali ke set Nur 2 walaupun sedar bebanan yang harus dipukul memandangkan ramai menantikan kemunculan sekuel drama tersebut.

Amyra tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara tersebut sebaliknya lebih menumpukan terhadap skrip serta visi pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin bagi menjayakan wataknya.

“Saya tidak menganggap Nur 2 ini adalah sambungan kepada siri pertama sebaliknya ia karya segar kerana menerusi cara itu saya boleh beri kelainan dalam watak saya.

“Saya sedar harapan peminat itu tinggi tetapi paling penting ketika berada di set saya berikan terbaik,” ujarnya.

Buat penggemar drama Nur, Drama Nur 2 ini bakal ditayangkan pada bulan Mac 2019.

Sumber: mStar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.