Nama pelakon dan pengacara seorang ini bukanlah asing dalam dunia hiburan tanah air. Fizikalnya yang tinggi lampai, berwajah manis dan suara serak-serak basah, cukup terkenal dengan lagak selambanya bila di depan kamera.
Apatah lagi bila perhatikan selebriti ini bersama suami dan anak tersayang. Ada-ada sahaja halnya hingga membuatkan ramai terhibur dengan Ain Edruce dan keluarganya ini.
Macam yang kita tahu, Ain Edruce memang tidak dapat dipisahkan dengan applikasi TikTok, bukan sahaja kontennya yang ‘masuk air’, malah reaksi ‘blur’ daripada suaminya juga mengundang dekah warga netizen.
Terbaru, Ain berkongsi satu video pendek yang berdurasi 19 saat memaparkan dia sedang menari untuk content TikTok mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Ain lengkap berbaju hitam dan berseluar legging dan kelihatan bersemangat untuk menari dengan mimik mukanya yang spontan.
Dalam pada masa yang sama, suaminya pula sedang sibuk menguruskan anak mereka, Soraya di belakang. Amirul dengan tidak berkata apa-apa hanya menggelengkan kepalanya sahaja apabila melihat gelagat isterinya yang ‘gila-gila’ itu.
Namun walaubagaimana pun, video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Rata-rata para netizen menasihati pelakon drama Kekasih Paksa Rela agar menitikberatkan penjagaan aurat dan maruah suaminya.
Tak terhenti disitu, ada juga netizen yang berharap agar Ain dapat mengubah dirinya memandangkan dia kini bukan sahaja berstatus isteri malah sudah berstatus ibu juga.
Video yang tular di laman TikTok:
Dalam pada itu, menerusi laporan OhBulan, Ain tidak melatah dengan komen-komen dari netizen.
“Saya tak tahu nak komen apa sebab biasalah netizen ada saja benda nak complain. Saya tak boleh nak cakap apa. Yang pasal terkinja-kinja tu, nama pun TikTok. TikTok kan tempat kita untuk menari-nari.
“Jadi, saya rasa tak salah pun kalau saya terkinja-kinja. Kalau tak nak terkinja-kinja, pergi tempat lain.
Apabila ditanya kenapa Amirul menggelengkan kepala, pelakon drama Kekasih Paksa Rela menyatakan itu adalah respon suaminya apabila diajak untuk sama-sama membuat content.
Menurut Ain lagi, Amirul tidak pernah menyemak atau menghalang kerana setakat ini semua hantaran yang dikongsikannya tidak keterlaluan.
“Sebenarnya Amirul geleng kepala sebab saya ajak dia menari sekali. Amirul tak check pun kalau saya nak kongsi sesuatu di media sosial. Kadang-kadang saya yang tanya dia okey ke tak.
“Setakat ini, Amirul tak pernah halang saya sebab apa yang saya post tak menaikkan darah dia atau buat dia tak bersetuju. Saya selalu kongsi hantaran yang okey saja, jadi Amirul tak kisah.”
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 4.6M tontonan, 223.2K tanda suka, 4086 komen dan 3181 perkongsian di TikTok.
Untuk rekod, Ain Edruce selamat diijab kabulkan dengan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Soraya pada 19 Mei lalu.