Connect with us

Viral

Tak Sampai Hati Tengok Pak Cik Berdiri Lama Depan KFC, Tindakan Lelaki Belanja Warga Emas Dipuji Netizen

Tak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang senang. Selalu juga kita nampak mereka berdiri di depan restoran, teringin makan sesuatu yang enak dan menyelerakan tetapi tidak berkemampuan.

Iospital phone repair gombak

Jadi, bagi kita yang mampu ni cubalah hulurkan bantuan selagi mampu. Walaupun apabila bersedekah kita mengeluarkan duit, tetapi peracayalah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga.

Baru-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki tua berdiri di hadapan restoran makanan segera KFC, secara tidak langsung menimbulkan rasa sebak netizen.

Menurut pemilik video, Alfi, dia perasan gerak-geri pak cik berkenaan yang berdiri lama seolah-olah menunggu sesuatu di hadapan restoran berkenaan.

Kasihan melihat pak cik yang mungkin dalam kelaparan itu, Alfi yang juga salah seorang kakitangan di situ bertindak untuk membelanja pak cik berkenaan sedikit makanan untuk mengisi perutnya.

“Kesian pak cik dari luar saya nampak dia nak makan KFC, Alfi tengok rasa sebak. Baru perasan, siapa yang asal sini pasti kenal sama pak cik ini.

“Dia orang lama yang cukup dikenali kerana dia membantu kakaknya menjual kuih bahulu dari satu tempat ke satu tempat dengan berjalan kaki. Orang biasa panggil dia dengan panggilan pakcik bahulu.

“Mungkin masa ni dia penat dan berehat depan KFC. Selalu juga dia singgah di kedai untuk berbual dengan saya dan yang pasti, saya tetap jadi pelanggan setia bahulu dia,” katanya menerusi video yang dikongsikan.

Tambahnya, ini mungkin rezekinya berkongsi rezeki dengan pak cik bahulu dan dia terus membeli KFC lalu memberikannya kepada pak cik berkenaan.

“Alhamdulillah. Mungkin rezeki dia hari ini untuk kami berkongsi rezeki. Jadi, belikan dia KFC untuk makanan tengah harinya. Tak banyak, tapi mampu buat dia tersemyum bahagia,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji sifat murah hati lelaki ini dan mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar lelaki ini dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusannya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“dia bukan nak sgt pun sebenarnya tp terkadang tu mestila terliur jgkkan dgn baunya camtu. alhamdulillah, semoga limpah rezeki awak & pakcik tu Aamiin”

“Tq org baikk .. semoga awkk semakin dimurah kan rezeki seperti air sungai yg mengalir 🤲🏻”


“murah rezeki 🥰”

“terima Kasih kpd hamba Allah yg sgt baik hati seperti kmu 🙏 semoga di murahkan rezeki melimpah ruah. Salam dri Miri sarawak ❤️”

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan awak ya dik”

Video yang tular di laman TikTok

@alfi_khaibahar94 sian pakcik,smoga di murah kan rezeki ye pakcik 🥲#fypシ #xyzbca ♬ Ku Dengannya Kau Dengan Dia – Afgan

Continue Reading
Advertisement