Penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh agama Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.
Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.
Tiada siapa pun yang mendirikan rumah tangga ingin gagal dalam perhubungan takan tetapi siapa lah kita yang ingin menolak takdir Allah kerana sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana, pasangan pengantin baru yang mendirikan rumah tangga tidak sampai seminggu hadir ke mahkamah untuk proses pengesahan penceraian mencuri perhatian ramai.
Menerusi kisah yang dikongsi seorang peguam syarie, si suami dikatakan telah keluar daripada rumah kelamin tanpa memberi penjelasan kepada isteri.
Difahamkan, pasangan ini berkenalan di media sosial sebelum mengambil keputusan untuk kahwin. Namun siapa sangka, si suami rupa-rupanya sudah melafazkan cerai kepada isteri di hadapan rakannya. Isteri hanya tahu diceraikan selepas menerima notis daripada mahkamah untuk perbicaraan.
Jelas peguam ini, walau apa pun alasan si suami, dia tidak sepatutnya menceraikan isteri dengan cara sebegitu. Isteri hendaklah ‘dipulangkan’ dengan cara baik tambahan pula isteri sendiri tak tahu apa salahnya sehingga diceraikan.
“isteri yang tidak baik pun mesti dilepaskan dengan cara yang bak, apatah lagi isteri yang baik. Yang baru dikahwini, tidak tahu apa salahnya, tiba2 diceraikan begitu” ujarnya.
“Baru berkahwin tidak sampai seminggu, terlalu jauh lagi untuk mencapai keserasian. Tak salah kalau buka peluang untuk perbaiki kelemahan. Paling tidak, ceraikan dengan cara yang baik, seperti mana ambil dia dahulu. Buat baik bukan kerana kita baik, tapi kerana jahat itu bukan pilihan.”- tambahnya lagi.
Bagi menjelaskan lagi perkara tersebut, peguam ini tampil menerangkan dengan terperinci tentang kes tersebut untuk memudahkan orang ramai memahaminya.
Video yang tular di laman TikTok:
Beirkut merupakan reaksi warga maya mengenai isu ini: