Connect with us

Viral

Tak Sanggup Tengok Murid Berlapar, Guru Guna Duit Sendiri Buat Projek Makanan Percuma

Para guru dan murid-murid telah kembali meneruskan pengajian di sekolah setelah sekolah ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.

Pelbagai ragam-ragam pelajar semalam dikongsikan oleh ibu bapa dan guru di media sosial setelah lama bercuti dirumah.

Projek makanan percuma buat pelajar tidak berkemampuan

Sementara itu menerusi Facebook, seorang guru mengambil inisiatif menyediakan makanan percuma buat pelajar-pelajarnya yang kurang berkemampuan di sekolahnya.

Projek itu turut mendapat sokongan penuh guru-guru lain

Keprihatinan guru Bimbingan dan Kaunseling yang hanya dikenali sebagai Maisarah Hannan memulakan projek tersebut sejak Mac 2018.

Projek tersebut turut mendapat sokongan penuh guru-guru lain di sekolahnya yang turut sama menghulurkan sumbangan.

Pelajar berlapar kerana tidak mampu beli makanan di kantin

Idea ini tercetus setelah dia mendapat tahu ada sesetengah pelajar sekolah tersebut terpaksa berlapar kerana tidak berkemampuan untuk membeli makanan di kantin.

Menurut Maisarah, dia mendapat info tentang pelajar-pelajar tersebut setelah melakukan sesi kaunseling bersama mereka dan dengan adanya projek ini, para pelajar tidak lagi akan berlapar.

Guru tersebut turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan aksi pelajar yang sedang menikmati nasi lemak percuma dan posting tersebut telah mendapat perhatian ramai.

Pada awalnya, sumbangan makanan dengan 15 hingga 20 pek sehari, sekarang sudah menjadi 50 pek sehari.

Guru bersedekah dan sebarkan kasih sayang

Makanan-makanan tersebut disusun di atas rak makanan yang diletak di koridor luar bilik guru dan di kawasan lapang di sekolahnya.

Ujar Cikgu Maisarah lagi, dengan projek ini ianya bukan sahaja membantu pelajar yang kurang berkemampuan tetapi ia juga dapat membuka ruang buat guru-guru lain bersedekah dan sebarkan kasih sayang di mana jua.

Semoga projek makanan percuma ini menjadi contoh dan ikutan buat kita semua. Moga dengan bantuan ini pelajar mampu belajar dengan lebih selesa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.