Beberapa hari ini tular di media sosial mengenai video pasangan remaja sedang bercummbuan tanpa segan silu.
Malah, paling mengejutkan apabila gadis yang berada dalam video tersebut merupakan anak kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nora telah mengakui bahawa anak gadisnya terlibat dalam video itu dan memohon diberi ruang untuk mereka menyelesaikan masalah ini secara dalam keluarga sahaja.
Tidak mendiamkan diri, abang kepada remaja perempuan tersebut turut telah mengeluarkan kenyataan di media sosialnya dengan memaklumkan bahawa perbuatan adiknya dan remaja lelaki itu sememangnya salah.
“Isu viral adik aku biarkan jadi pengajaran buat dia. Internally, family aku mmg dalam usaha membendung hal ni.
“Tapi buat kawan2 yg ada anak perempuan, she could/would be next. Jadi jaga depa baik2.
“Yg turut quote rt dan api2kan lagi tu, moga anda juga merasa nanti InshaaAllah”
Video baru pula tular
Terbaru, satu lagi video mereka tular di laman Twitter dan menjadikan isu tersebut semakin panas.
“Saya difahamkan ada video baru yg telah tular sejak semalam. Saya akui kami tidak sangka yg mereka punyai lebih drpd satu video bersama.
“Hal ini mmg salah dan dosa mereka berdua. Tetapi video telah direkod dan dipost oleh budak lelaki di socmed.”
Mahu jumpa keluarga budak lelaki
Menerusi perkongsian terbarunya, Syakir Iman memaklumkan bahawa mereka akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki dan akan menyelesaikan masalah ini agar tidak terus menular.
“Perkara ini telah berubah menjadi lebih serius. InshaaAllah petang ini kami akan bersemuka dgn keluarga budak lelaki itu.
“Walaupun ada yg sudah membenci dan mencaci adik & mak saya, saya mohon jasa baik anda utk tidak share video yg sedia ada, dan doakan kami semua InshaaAllah.”
Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Nora Ariffin dan mendoakan agar beliau tabah dengan dugaan yang tidak terjangka ini.