Connect with us

Viral

“Tak sedar 5 Bulan dah baby dalam perut” 15 Tahun Menanti, Wanita Ini Sebak Disahkan Mengandung

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan untuk memiliki cahaya mata.

Namun begitu, terdapat juga pasangan yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata.

15 tahun menunggu sebelum disahkan hamil

Satu kisah dikongsikan oleh seorang wanita mengenai pengalamannya terpaksa menunggu sekitar 15 tahun sebelum disahkan hamil.

Beliau yang lebih mesra dikenali Puan Junaida, wanita ini juga tidak menyangka bahawa dia telah disahkan hamil selama lima bulan.

Pada awalnya, dia tidak menyangka kerana dia mengalami masalah haid tidak teratur dan tidak lawas sejak sebelum kahwin lagi.

Sedar ada perubahan fizikal

Selain itu, Puan Junaida juga turut kongsikan bahawa terdapat perubahan pada payudara dan perutnya.

Namun dia tidak mengendahkan perubahan tersebut dengan andaian perubahan itu adalah kerana faktor pertambahan berat badan.

Tambahannya lagi, dia juga menyangkakan keadaan perutnya yang sedikit keras adalah disebabkan masalah sembelit yang dihadapinya.

Akhirnya muncul dua garis biru

Pada asalnya dia menyangka mengalami masalah sembelit, lalu Puan Junaida ke farmasi bagi mendapatkan ubat.

Pada masa yang sama, dia juga turut membeli alat pengesan kehamilan seperti yang disyorkan oleh suaminya.

Puan Junaida cuba membuat ujian dan akhirnya terkejut apabila mendapati hasil ujian menunjukkan dua garis biru menandakan dia telah hamil.

15 tahun saya test tak pernah naik 2 garis 

“Ya Allah terkejutnya tengok naik 2 lines, 15 tahun saya test tak pernah naik 2 lines ni”ujarnya.

“Saya masa tu memang terharu sangat tak boleh nak cakap, seharian saya menangis”.

Sudah lima bulan bayi dalam perut

Untuk mendapatkan kepastian, Puan Junaida turut membuat pemeriksaan di klinik.

Dia tidak menyangka apabila doktor memberitahunya bahawa bayi dalam kandungan sudah lima bulan.

“Pastu saya pergi klinik untuk pastikan balik, tiba-tiba doktor cakap lima bulan dah bayi di dalam perut saya”.

Pernah rasa ‘down’ walaupun suami dan keluarga tidak merungut

Puan Junaida turut menceritakan pengalaman sebelum hamil, dia mengakui pernah berasa  ‘down’ kerana tidak dikurniakan zuriat hampir 15 tahun.

Walaupun suami dan keluarganya tidak merungut, dia juga inginkan pengalaman tersebut seperti yang dialami oleh wanita-wanita lain.

“Saya punya keluarga semua tak ada beri tekanan cuma saya ja kalau boleh nak juga seorang zuriat juga”.

Penantian berakhir dan satu perasaan yang sukar diungkap

Bercerita lanjut, dia merupakan anak sulung dalam keluarga dan hanya bermain dengan anak-anak saudaranya sebelum ini.

Namun selepas ini, giliran adik beradiknya yang lain untuk bermain dengan anaknya pula.

Sememangnya, disahkan hamil setelah bertahun-tahun penantian merupakan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Rezeki daripada Allah SWT

Rezeki ini merupakan kurniaan yang tidak ternilai oleh Allah SWT walaupun terpaksa menanti dalam tempoh yang lama.

Di samping itu, berkat usaha Puan Junaida dan suami serta dengan izin Allah SWT, pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Jaga pemakanan 

Puan Junaida yang berkongsi pengalamannya menyatakan bahawa dia turut mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor kepadanya.

Antaranya ialah dengan menjaga pemakanan seperti meninggalkan kafein, tinggalkan makanan di dalam tin serta makanan-makanan segera.

Semoga pasangan yang masih belum menimang cahaya mata diberikan rezeki bergelar ibu suatu hari nanti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.