Connect with us

Viral

Tak Sempat Bersanding, Wanita Meraung Lemah Suami Dijemput Ilahi Selepas 3 Minggu Bernikah

Setiap insan yang bergelar suami isteri pastinya menginginkan hubungan yang dibina kekal sehingga ke hari tua.
Iospital phone repair gombak
Bagaimana pun, jodoh ajal maut semuanya ditangan tuhan. Tidak akan lewat sesaat bahkan tidak akan cepat sesaat. Bila sudah sampai waktunya, maka pergilah dia bertemu sang pencipta.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana suami kepada wanita ini menghembuskan nafas terakhirnya setelah terlibat dalam sebuah nahas jalan raya nyata mengundang sebak ramai.

Difahamkan, kejadian berlaku di Perling, Johor Bahru dimana pada ketika itu si isteri turut berada di tempat kejadian. Wanita itu hanya mengalami cedera ringan manakala si suami tidak dapat diselamatkan.

Lebih memilukan adalah, mereka berdua baru sahaja bernikah lebih kurang 3 minggu lalu iaitu pada 13 Oktober 2022 dan bakal melangsungkan majlis persandingan pada 27 November akan datang.

Walaupun segala persiapan sudah dilakukan, namun siapa sangka, impian mereka untuk duduk berdua di atas kerusi pelamin bagi majlis bersanding tidak kesampaian.

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh isteri sendiri, dapat kita lihat si isteri tidak berganjak sedikit pun malah sentiasa ada bersama suami daripada waktu kemalangan, urusan forensik, kafan, sehinggalah dikebumikan.


Salah seorang daripada saksi yang melihat kemalangan itu bagaimana pun tampil berkongsi cerita dimana dia sendiri mendengar bagaimana sang isteri cuba mengejutkan suaminya yang sedang nazak sambil goncangkan badan.

Dia juga akui, situasi dan detik-detik sedih itu nyata membuatkannya luluh melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan agar isterinya terus kuat menjalani kehidupan seharian sekaligus mendoakan agar arwah suami tenang di negara abadi dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Antara komen warga maya:



Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mayy (@_.mayysycho)

@ayusoyyy Salam takziah pada adek yg baru kehilangan suami dia malam minggu haritu , exident di jalan nak ke bandar dari putri habour. Apa apa pun hargai pasangan masing masing dan jadikan iktibar 😌 #fypシ゚viral #exident #hargaipasanganmuselagimasihada #sygpasangan #fypdongggggggg #fyp ♬ bunyi asal – Ayusoyyy

Continue Reading
Advertisement