Connect with us

Viral

“Tak sempat jamah sup tulang,” Niat Ikhlas Baiki Bumbung Jiran, Pekerja Pelantar Minyak Maut Tinggalkan Anak Masih Kecil

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Terkadang pemergiannya itu tidak disangka-sangka dan cuma diberikan ‘hint’ sahaja sebeum menghembuskan nafas terakhir.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikenlai sebagai Mohd Nazeri Mamat, 31 menemui ajal setelah terjatuh ketika sedang membantu membaiki bumbung rumah jirannya mengundang sebak ramai.

Hal tersebut nyata mengejutkan isterinya, Siti Noor Atikah Che Ghani.

Memetik laporan mStar, isterinya memaklumkan suaminya itu membantu bapanya membaiki bumbung rumah seorang jiran yang sudah tua kerana sifat belas kasihannya yang tinggi.

“Arwah suami kerja di pelantar minyak dan ketika kejadian itu dia sedang bercuti. Kebetulan bapa saya baiki bumbung rumah jiran, jadi dia pun nak menolong. Dia kata nak tolong ikhlas.”

“Ketika kejadian pada 27 Julai lalu, arwah keluar rumah sekitar pukul 8 pagi. Tapi dia balik semula rumah pukul 9 pagi sebab katanya barang belum sampai. Masa tu saya tengah masak.”

“Dia ada request nak makan sup tulang. Sebelum dia keluar semula, dia tinggalkan pesan… katanya jaga diri dan anak.

“Nak makan tengah hari dulu pun tak apa, dia kata InsyaAllah balik dia makan. Tapi saya memang biasa tunggu dia.”

“Sekitar 11 pagi, saya dapat panggilan telefon daripada jiran. Kebetulan adik pun ada sana. Adik balik rumah sambil menangis-nangis dan beritahu suami jatuh dan kepalanya berdarah.”

“Saksi kata dia jatuh kepala dulu. Sebelum jatuh, dekat atas tu dia pejam mata. Orang panggil tak respon, kemudian dia tiba-tiba jatuh,” cerita Atikah mengimbas kembali detik kehilangan suaminya.”

Bercerita lanjut, wanita berusia 27 tahun yang menetap di Terengganu ini mengatakan suaminya segera dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya terus bergegas ke hospital. Doktor cakap kepalanya penuh darah beku dan otak bengkak. Saya minta doktor berterus-terang mengenai keadaan suami dan akhirnya doktor terpaksa beritahu, suami tak ada harapan.”


“Masa doktor beri peluang jumpa suami yang masih koma, saya bisik dekat dia… saya cakap saya akan jaga anak kami yang ketika itu berusia 11 bulan baik-baik, saya reda apa yang terbaik. Selepas saya ajar mengucap, nampak air matanya mengalir.”

“Tak lama kemudian, pukul 8.12 malam, suami hembuskan nafas terakhir di hadapan saya dan kedua ibu bapanya. Mudahnya cara dia pergi,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.

Atikah yang merupakan akauntan di sebuah syarikat swasta mengakui dia masih bersedih walaupun sudah 5 bulan pemergian suaminya itu kerana semuanya berlaku secara mengejut.

Bagaimana pun,dia reda dengan ketentuan Allah kerana yakin perancangan Allah buat dirinya itu yang terbaik.

Nak rehat lama

“Saya baru habis edah. Rindu… sampai sekarang rindu. Bila diimbas semula, rupa-rupanya arwah dah banyak bagi petanda. Masa dia balik bercuti dari pelantar, dia kata macam nak rehat lama.”

“Kemudian seminggu sebelum kejadian, dia akan bertafakur di sejadah dan pasti dia ambil anak perempuan kami, dia letak di depan sejadah. Setiap kali solat waktu selama seminggu tu.

“Rasa macam tertanya-tanya juga tapi tak terlintas apa-apa pun. Dari segi perwatakan, arwah seorang yang ringan tulang. Kalau saya tak sihat, dia ambil alih buat kerja rumah,” ujarnya.

“Namun Alhamdulillah, ramai yang mendoakan arwah. Terima kasih atas doa dan kata-kata sokongan semua.

“Mati tu pasti. Arwah pun ada pesan, kalau orang tu pergi dulu, adalah kerana orang tu baik. Bila orang terdekat pergi, itu adalah hint untuk kita ingat kematian,” ujarnya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@qaqaa_ghanisy up sbb ramai sgt yg Tanya 🥺🥺##alfatihah

♬ bunyi asal – Qaqaa

Sehingga kini, video berdurasi 14 saat itu meraih 550.0K tontonan, 13.3K tanda suka, 650 komen dan 200 perkongsian di TikTok.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.