Warga kerja syarikat penerbitan animasi Upin Ipin, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, telah menerima berita sedih apabila salah seorang pekerjanya, Fairul Haida Abdul Rahim yang merupakan orang kuat dalam pembikinan animasi ‘Upin dan Ipin’ meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh syarikat tersebut di laman Facebook milik mereka.
“Hari ini kami dikejutkan dengan pemergian Cik Fairul iaitu salah seorang Pelukis Papan Cerita di Les’ Copaque Production yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.
“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah”
Allahyarhamah merupakan seorang pelukis papan cerita (storyboard) di syarikat penerbit siri animasi Upin & Ipin, Les’ Copaque Production Sdn Bhd.
Dikhabarkan belau dalam perjalanan pulang ke kampung di penghujung syawal namun ajal memisahkan mereka terlebih dahulu.
“Dunia ini hanyalah sementara. Akhirat yg kekal abadi. Arwah rakan kerja Les Copaque (Fairul Haida binti Abdul Rahim ) meninggal dlm kemalangan ke utara utk blk kg jumpa keluarga. Mari kwn2 FB yg muslim sedekah Al- Fatihah utk arwah. Trm Ksh.”
Kemalangan tersebut berlaku di Sungai Bakap, Pulau Pinang dan arwah sempat memuat naik status di Facebook memberitahu dia dalam perjalanan ke Utara.
Rata-rata warga kerja dan sahabat Allahyarhamah meluahkan rasa sedih di atas pemergiannya itu.
“Al Fatihah.. Sedih sangat2 dengar Berita ni. My best friend Digigeng Taka AnimAffect dikhabarkan xcdent lebih kurang 1am ++ pada 20Jun2020.
“Semoga ko tenang disana beb. Love u. Ko jer kawan aku yg pelik, creative gile, hebat, unik… Aku akan ingat ko Sampai bila2 haida. Sedih sangat2 weiiii. Pejam celik Pejam celik…
“Dah 18tahun aku kenal ko weii… Sedih ko pergi dlm keadaan yg menyayat hati. Aku doakan ko tenang disana. Ko kawan yg baik. Dlm 1bulan ni aku mmg asyik teringat kat ko. Smlm pagi pun sangat2 teringat kat ko .
“Aku dlm 2minggu ni malas betul bukak fb. Aku nak text ko ajak jumpa. Rasa dah lebih 2 tahun x jumpa ko. Ari ni tau2 ko dah x de beb.
“Sedihhhh siot. Semoga ko tenang bersemadi di sana. Al-Fatihah. Takziah untuk seluruh ahli Keluarga Fairul Haida Abdul Rahim”