Connect with us

Viral

“Kek yang kamu nak pun ada.” Tak Sempat Sambut Birthday, Anak ‘Pergi’ Dijemput Ilahi

Semua makhluk yang bernyawa pastinya akan merasai kematian. Sejauh mana pun kita cuba melarikan diri daripada kematian, ia tetap akan mengekori kita.

Sebagai hambaNya, kita perlu bersedia dan menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan.

Sama seperti satu perkongsian oleh seorang wanita di Facebook menceritakan kisah duka yang dilaluinya selepas kehilangan insan tercinta iaitu anak kandungnya sendiri.

Menurut seorang ibu yang dikenali dengan nama Sharmila Ismail memaklumkan anak perempuannya, Nur Aida Izzati telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 28 November 2020 akibat kanser sarkoma.

Biarpun masih kecil, Aida dikatakan telah menjalani pembedahan sebanyak empat kali berikutan dengan masalah kesihatan yang dihidapinya.

Bercerita dengan lebih lanjut, Sharmila mengenang kembali memori dan kenangan yang dicipta bersama arwah anak tercinta.

Walaupun berat untuk ditelan, tetapi itulah hakikat yang perlu diterima oleh wanita ini.

“Tiada lagi pengkritik nombor 1. Kamu lah yang selalu puji masakan ma sedap walau ada masanya ma masak tak sedap mana pun.

“Kamu lah orang yang suka sibuk dekat dapur. Kamu lah orang pertama yang akan tadah pinggan dulu biarpun makanan belum lagi masak.”

Lebih menyayat hati apabila Sharmila memaklumkan arwah pernah memintanya untuk memasakkan menu kegemarannya sempena sambutan hari lahir yang bakal tiba, tetapi tidak sempat berbuat demikian, anak kecil itu sudah dijemput Ilahi terlebih dahulu.

Oleh itu, untuk memenuhi hajat ‘terakhir’ anak tercinta, wanita ini mengambil keputusan untuk menghidangkan makanan kegemaran arwah pada majlis tahlil yang ke-100 hari.

“Makanan untuk majlis tahlil kamu juga ma hanya tempah dengan katering. Semua makanan kesukaan kamu. Ayam masak merah, sambal udang, daging goreng kunyit.

“Sayangnya kamu pergi awal enam hari. Pada tahlil yang ke-7 juga hari lahir kamu, ma dah tunaikan semua permintaan kamu. Kek hari lahir yang kamu nak pun ada.”


Malah, Sharmila sempat berkongsi momen terakhir arwah yang sempat melihat kek hari jadi yang dikirim oleh individu yang datang menziarahinya.

Selepas menyanyikan lagu hari jadi, arwah diminta untuk memotong kek tetapi ketika itu, arwah langsung tidak memberi respon sebaliknya hanya menatap sahaja kek tersebut.

Namun, tidak lama selepas itu, mata arwah mula sayu dan seakan terpejam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Lepas beberapa minit kamu seperti hendak tidur. Mata kamu mulai pejam. Ma pegang tangan dan badan, kamu sejuk. Begitu mudah sakaratul maut menjemput kamu.”

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita ini dan mendoakan agar dirinya terus tabah.

“AlFatihah Masyaallah.Moga Pn terus diberi kekuatan berdepan dugaan ini. Insyaallah anaknda bahagia Disana menunggu ahli keluarganya .” – Hashimah Hashim

“Salam Tàkziah dan AlFatihah.,tempay anak puan adalah d Syurga.” – Nur Saadah

“Salam takziah.. Semoga terus tabah dlm mngharungi hari2 yg mndatang.. Al fatihah.. Aamin” – Mashitah Shafie

“Salam takziah. Moga terus diberikan ketabahan dan kesabaran..aamiin” – Aleeza Angun

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.