Ramai kita lihat selebriti tanah air mengambil pembantu untuk ditugaskan menguruskan kerja rumah serta menjaga anak-anak mereka ketika sibuk bekerja.
Dengan adanya pembantu rumah, ringanlah sedikit beban mereka. Bagaimanapun, tak semua daripada kita sudi memberi layanan istimewa kepada mereka ini yang berhempas pulas membantu kita.
Baru-baru ini, aktres terkenal Emma Maembong tular setelah dilihat membawa pembantu rumah bersama anaknya bersiar-siar di menara berkembar.
Video milik pengguna TikTok bernama @themariposa7 memaparkan kemesraan Emma melayani kerenah anak pembantu rumahnya.
Malah, apa yang membuatkan ramai kagum dan tersentuh hati, Emma langsung tidak kekok, anaknya Shariq Gabriel Arshan juga selesa bermain dengan kanak-kanak perempuan itu.
Kanak-kanak perempuan itu juga kelihatan gembira memeluk Emma dari belakang sebelum sambung bermain bersama Shariq.
Setakat ini, video berkenaan telah berjaya mengutip tontonan sehingga 586.4 ribu serta meraih 55.3 ribu tanda suka!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sifat Emma yang penyayang terhadap anak bibiknya. Malah, segelintir netizen truut berkongsi pengalaman terserempak dengan pelakon tersebut dan suaminya, Shazli menyantuni pembantu rumah mereka bersama anaknya.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Selalu nmpak! Laki dia pun sma baik tk smbong siap brborak.time tu ank bbik emma nk gula gula,Mama dia mrah kata tk pyah, tpi laki dia ambik n bayar🥹”
“bagus emma ni tak semua orang boleh buat and nak buat .🥺🥺”
“Ye betul. Layan mcm anak kandung . Banyak kali tgok dekat publika .”
“pernah nampak emma jemput husben dia blk keje.then husb dia pon pimpin anak bibik tu.bagusnya diorg ni”
“Pernah jumpa emma dgn suami dia dkt kedai mkn…memng dia mkn satu meja dgn ank bibik dia..”
“arshan nmpk sayang kat ank bibik tu. lembut je dia tgok”
Video yang tular di laman TikTok