Tapak pembinaan merupakan lokasi yang berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan yang tidak diingini.
Sering kita dengar kejadian tragik dan ngeri yang mengakibatkan pekerja dan orang awam terkorban disebabkan aktiviti-aktiviti pekerjaan di tapak pembinaan.
Seorang lelaki secara tidak sengaja menyebabkan kematian isterinya apabila dia melanggarnya dengan jengkaut dalam kejadian tragis di tapak pembinaan kereta api di Ratchaburi di barat Thailand pada Isnin lalu.
Menurut laporan media Thai, Kaikaew Thongkham yang berusia 45 tahun bekerja sebagai satu pasukan dengan isterinya Amphon Pima yang berusia 40 tahun di tapak pembinaan kereta api berkembar itu.
Kaikaew mengendalikan jengkaut manakala tugas Amphon ialah memberi arahan kepadanya.
Pegawai mengesyaki bahawa Amphon berada di tempat yang salah pada masa yang salah sewaktu suaminya memandu ke arahnya.
Kaikaew berkata dia tidak tahu apa yang telah dia lakukan dan menangis dengan penyesalan selepas mendapati dia telah menggilis isterinya.
Polis telah menahan Kaikaew untuk disoal siasat sebelum menjalankan prosiding undang-undang selanjutnya.