Setiap orang pasti pernah mempunyai pengalaman atau pernah mengalami kejadian yang memalukan yang pernah terjadi dalam hidupnya.
Sehingga ada sesetengah hal yang sampai tidak boleh di lKpakan seumur hidupnya.
Selalunya insiden memalukan ini berlaku tanpa disengajakan dan terkadang pengalaman pahit itu boleh berubah menjadi pengalaman manis yang akan kita kenang sehingga ke akhir usia.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis tidak sengaja memakai selipar seblah lain ke kedai mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan wanita itu baru tersedar dia memakai selipar yang berlainan sewaktu tiba di kedai.
Apa yang lebih melucukan apabila rakannya yang rakam kejadiaan tersebut tidak mampu menahan ketawa sehingga gelak terbahak-bahak melihat telatah gadis yang tersalah memakai selipar itu.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 569.0k tontonan, 35.4K tandasuka, 4545 komen dan 3126 perkongsian di Applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat wanita ini yang malu ehinggakan terduduk ketawa. Dalam masa yang sama ramai juga di anatara para netizen yang turut mempunyai pengalaman yang sama seperti wanita ini dimana berdepan dengan situasi yang memalukan.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
“pernah jadi macam ni time tu sis pergi ke jpj .. dah ambik no duduk kat kerusi perasan orang duk pandang2 rupanya sebelah purple sebelah coklat”
“masa dia boleh juga cover dengan mask.. masa akakduludik muka tak sempat sorok..”
“tukang rakam pun gelak non .. sekali saya gelak tak berhenti2”
“muka kemain make up sekali selipar sebalh lain..”
” sayapernah jadi.. punya kalut kejarbas.. last kasut lain sebelah.. adoii.. malu..”
“biasa terjadi bila dalam kereta banyak selipar dan drive pulak buang selipar.. nak turun main sarung je..”