Connect with us

Viral

Tak Tahan Kerap Diganggu, Wanita Nekad Sound Hantu di Atas Siling

Dah menjadi kebiasaan orang Melayu kita. Nampak orang lain mula meniaga sahaja, pasti ada yang dengki.

Lebih teruk lagi apabila ilmu hitam juga turut digunakan akibat khianat dan busuk hati.

Sesetengah peniaga juga ada mengaku bahawa kedai mereka seolah-olah dikaburi dan kelihatan seperti tutup sedangkan kedai mereka beroperasi seperti biasa.

Pun begitu, apa reaksi anda jika anda sendiri yang diganggu oleh ‘makhluk’ tersebut di premis perniagaan milik anda sendiri?

Begitulah yang terjadi apabila seorang wanita di aplikasi TikTok bernama Beaufit Nourish, berkongsi pengalaman ‘berhadapan’ dengan makhluk halus tersebut.

Makhluk tersebut seolah-olah dikatakan telah dihantar oleh seseorang namun masih tiada kepastian siapakah gelaran orangnya itu.

Mereka juga berkata mereka sering ‘diganggu’ dan boleh dikatakan telah banyak hari mereka terdengar seperti bunyi benda jatuh daripada ‘ceiling’ premis mereka.

Pantang diuji, seorang wanita di dalam video itu telah pun bertindak untuk ‘sergah’ si makhluk ini gara-gara tidak tahan diusik berhari-hari.

Dalam video itu juga ada dinyatakan mereka terdengar ada yang menebar pasir dan batu-batu kecil.

Video tular di laman Tiktok:

@beaufit04 Semoga Allah jauhkan kita semua daripada perkara syirik & khurafat. #fypシforyoupage #fypdongggggggg #lostweight #sihir #dugaanmeniaga #Dengki #Fitcoffee #fypシ ♬ bunyi asal – Beaufit Nourish

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen. Rata-rata menyokong akan tindakan wanita yang menyergah makhluk itu.

Berikut adalah komen-komen menarik oleh netizen di TikTok.

“Weyyyy aku pernah kene kacau enn pastu aku ckp kau tunggu aku melawat kau dekat neraka lepastu aku gelakkan kau pulak nanti! Pastu dia stop kacau! ”

“Perempuan naik hantu kalau, hantu pun takut woooo.. Jangan men2 naaa hantuuu.. kalau kak adda naik geram pun boleh jadi mcm ni ”

“sy penah gak marah lagu ni, depa main bukak tutup paip air, geram. saya jerit la.. “hang main2 ayaq paip ni hang bayaq bil ka?” pastu elok.”


Walaupun Malaysia sudah semakin maju di arus pemodenan, namun kita masih tak terlepas daripada perbuatan dengki dan syirik, baik kaum Melayu mahupun yang lain.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.