Oleh kerana wabak pandemik yang melanda dunia, pintu sempadan Singapura dan Malaysia terpaksa ditutup ekoran ingin membendung penularan wabak dan sekaligus menyebabkan ramai yang terpisah dengan ahli keluarga masing-masing malah suami isteri juga perlu PJJ buat satu tempoh yang agak lama.
Pun begitu, khabar baik telah diumumkan dimana pintu sempadan dibuka pada 1 April dan membolehkan semua berjumpa ahli keluarga masing-masing setelah satu tahun lebih tidak bersua muka.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan seorang lelaki melakukan sujud syukur di lapangan terbang sebelum dakapannya disambut oleh anak dan isterinya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @akupeduliofficial, dia mendekati lelaki tersebut dan individu berkenaan yang dikenali dengan nama Malik rupa-rupanya menyimpan seribu satu kisah pilu di sebalik kepulangannya dari Singapura ke tanah air.
Berkongsi lanjut, dia memaklumkan bahawa sebelum berangkat ke Singapura iaitu sebelum pandemik, dia tidak tahu bahawa isterinya yang berada di Malaysia sedang hamil anak kedua mereka bahkan dia mengetahui perkara tersebut selepas tiba di Singapura.
“Masa saya gerak tu (ke Singapura), saya tak tahu orang rumah (isteri) mengandung. Bila dapat berita dekat sana, kita nak balik tapi kastam tutup.” katanya
Dia pada ketika itu hanya mampu reda dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana pada sempadan negara ditutup ekoran pandemik yang melanda.
Selepas bertahun tidak pulang, dia juga tidak menyangka bahawa anak sulungnya bukan sahaja sudah besar malah telah dikurniakan pula seorang puteri dalam keluarga.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 720.8K tontonan, 68.1K tanda suka dan 2045 perkongsian di applikasi TikTok.