Dalam setiap rumah keluarga di negara ini, wajib ada telur ayam. Telur ayam bukan sahaja menu yang mudah untuk disediakan, malah ianya kegemaran ramai.
Jadi, kalau kesuntukan masa, boleh la ‘godek-godek’ peti ais tu cari telur ayam. Memang ssesuai dinimati seisi keluarga.
Bagaimanapun, lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok, membuatkan ramai tergamam serta terhibur!
Seperti yang kita tahu, sejak-sejak kenaikan harga telur ayam, ramai yang mula berjimat cermat. Antaranya menyimpan telur di tempat yang selamat seperti peti ais.
Itulah yang dibuat oleh @sha_8891 untuk mengelakkan daripada telur ayam yang dibelinya rosak dan berada di dalam suhu yang sesuai.
Pun begitu, menerusi video yang dimuat naik, sebaik sahaja dia mengambil telur ayam untuk digoreng, kesemua telur itu berubah menjadi beku seperti ais!
Wanita itu terkejut kemudiannya hairan apakah punca telur ayam berkenaan menjadi ‘rosak’ sebegitu. Oleh itu, dia pun mengambil keputusan untuk buang semua telur.
Susulan kejadian aneh itu, dia pun tergerak untuk memeriksa peti ais dan mendapati rupa-rupanya suhu peti ais dinaikkan ke paras paling tinggi.
Meskipun tidak didedahkan, wanita itu dapat mengenalpasti siapa yang penyebab perkara itu berlaku.
Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat telur beku angkara anak-anak wanita ini. Malah, mereka turut boleh ‘relate‘ kerana pernah berada dalam situasi yang sama.
Selain itu, mereka turut mengatakan telur berkenaan masih boleh digunakan untuk memasak dan dimakan, cuma perlu cairkan sahaja terlebih dahulu pada suhu biasa.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“nerhh first time tgok ni😂😂😂”
“pernah terjadi.. anak punya kerja.. telur tu boleh mkn lg.. goreng cam biasa😁”
“Ahahaha.. kalau sy sayur abes berais.. tengok2 hermm taw la sape punyer keje.. 🤣😂”
“pernah terjd… ingatkan telur dh risak bila tengok dia punya suhu full ank2 dok pusing… biarkan kt luar jap nnti telur dia cair cam biasa”
Video yang tular di laman TikTok