Connect with us

Viral

“Takde common sense” Bawa Kucing Naik ETS, Aksi Wanita Langgar Peraturan Undang Kecaman Netizen

Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa larangan ketika menaiki tren awam seperti LRT, MRT, KTM contohnya tidak boleh merokok, makan, bersandar di pintu, membuang sampah merata-rata, membawa bahan yang mudah terbakar dan membawa haiwan ke dalam tren.
Iospital phone repair gombak
Bagaimana pun, larangan tersebut seolah-olah tidak diendahkan oleh masyarakat susulan ada yang berdegil dan masih melakukan kesalahan bila berada di dalam tren.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana terdapat individu yang memilih untuk membawa kucing bersama menaiki kenderaan awam Electric Train Service (ETS) daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter, kelihatan individu ini seolah bangga dalam memuat naik rakaman yang memaparkan perjalanan beliau bersama kucing kesayangannya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kurang senang dengan tindakan wanita ini malah ianya jelas mementingkan diri dan menjadi ‘pencetus’ kepada lebih ramai individu membawa haiwan peliharaan mereka masuk ke dalam tren sekiranya tidak dihalang.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar wanita berkenaan diknakan tindakan disaman dengan jumlah yang tinggi agar menjadi pengajaran kepada individu yang lain.

Antara komen wargamaya:

Video yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement